Tiba-Tiba Pengsan, Pelajar Tingkatan 3 Ini Maut Di Sekolah Pada Hari Pertama Pembukaan
Takziah buat keluarga mangsa.
Cover image via GoogleHari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 5 dan 6 di seluruh negara
Image via Astro Awani
Ia selepas lebih empat bulan sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan daripada pandemik Covid-19.
Dalam keterujaan pembukaan sekolah hari ini, satu berita menyedihkan telah dilaporkan berlaku apabila seorang pelajar disahkan maut di sekolahnya
Image via Google
Memetik laporan, seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia Kuala Lumpur maut selepas dia tiba-tiba pengsan di dalam kelas, pagi tadi.
Amiruddin Naim Ariffin, 15, kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.
Menurut sumber, arwah berada dalam keadaan sihat sebelum itu malah semasa pemeriksaan suhu sebelum memasuki sekolah dilakukan, mangsa juga berada dalam keadaan baik dan suhu badannya juga tidak menunjukkan demam atau tidak normal.
"Dia pengsan di dalam kelas dan disahkan meninggal dunia di HUKM," kata sumber.
Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Image via SAYS Seismik

