Pelajar Pindah Sekolah Kini Wajib Sertakan Laporan Kesihatan Mental & Rekod Disiplin Mulai 2026
Difahamkan, ia adalah garis panduan baharu oleh KPM bagi menangani isu buli, gangguan seksual dan keselamatan fizikal murid di sekolah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua pelajar yang berpindah sekolah akan diwajibkan melampirkan laporan kesihatan, termasuk tahap kesihatan mental serta rekod disiplin, bermula sesi persekolahan 2026
Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad berkata, keperluan itu merupakan antara garis panduan baharu keselamatan sekolah yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu buli, gangguan seksual serta keselamatan fizikal murid.
"Sekolah asal perlu melampirkan laporan kesihatan termasuk kesihatan mental serta laporan disiplin murid. SOP ini akan diperketatkan supaya isu berisiko dapat dikesan lebih awal," katanya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad
Image via FMTImage viaMenurut beliau, sebelum ini proses pertukaran sekolah sering dibuat tanpa pemindahan maklumat penting berkaitan latar belakang murid, sekali gus menyebabkan pihak sekolah baharu tidak mempunyai gambaran awal mengenai risiko yang mungkin wujud
Difahamkan, keadaan itu berpotensi mencetuskan insiden yang sepatutnya boleh dicegah lebih awal sekiranya maklumat lengkap disediakan sejak awal proses perpindahan.
Dalam perkembangan berkaitan, Azam memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Keselamatan Sekolah KPM kini sedang menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan agar selaras dengan keperluan semasa.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malay MailSemakan itu turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi luar termasuk UNICEF dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), selain Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pihak polis.
Beliau menjelaskan, reformasi keselamatan sekolah tersebut memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu kesihatan mental, pendidikan reproduktif dan sosial, kebajikan guru, suara murid serta Polisi Perlindungan Murid.
Di bawah polisi berkenaan, KPM juga akan memperkenalkan konsep 'Aku Janji Sekolah' yang melibatkan komitmen bersama antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berdisiplin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 