Pelajar OKU Dari Besut Harumkan Nama Negara, Menang Dua Pingat Emas Di Korea Selatan
Dia berjaya merangkul dua pingat emas dalam pertandingan Global IT Challenge (GITC) for Youth Disabilities 2025 di Korea Selatan.
Cover image via FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif Kampung Raja, Terengganu, mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa
Menerusi laporan Bernama, dia berjaya membawa pulang dua pingat emas dalam pertandingan Global IT Challenge (GITC) for Youth with Disabilities 2025 yang berlangsung di Korea Selatan, baru-baru ini.
Muhammad Thaqif Muhammad Zharif, 14, yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal pada bahagian kaki, tidak menyangka mampu menewaskan peserta lain termasuk pelajar universiti dari 16 negara.
Menurutnya, kemenangan dalam dua kategori E-Combination (Individu), yang menilai kecekapan menggunakan peralatan teknologi maklumat untuk menyelesaikan tugasan kompleks, dan E-Content (Berkumpulan), yang menumpukan kepada penghasilan kandungan digital.
"Saya bersama-sama seorang lagi rakan sekolah, Nik Nurizazi Syafiah Nik Azmi, 15, yang mengalami masalah penglihatan, menjalani latihan insentif hampir dua minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 27 Oktober.
"Alhamdulillah, di sebalik kekurangan fizikal yang dialami, kami dapat membawa nama Malaysia dan Terengganu di pentas antarabangsa," katanya.

Muhammad Thaqif memenangi acara E-Combination secara Individu (penggunaan peralatan teknologi maklumat untuk menyelesaikan pelbagai tugas) dan E-Content secara Berkumpulan (penghasilan kandungan digital) kerana mempunyai saingan yang hebat termasuk pelajar universiti dari 16 buah negara.
Image via BernamaBersyukur kerana berjaya mengharungi cabaran, termasuk perubahan format pertandingan pada saat akhir
Muhammad Thaqif meluahkan rasa bangga dan syukur selepas berjaya mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk perubahan format pada saat akhir oleh penganjur.
"Berdasarkan format asal, masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk membuat persembahan adalah selama tiga jam, tetapi sebaik sahaja acara mahu bermula mereka beritahu tempohnya hanya dua jam dan semasa pertandingan semua guru pengiring tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
"Namun, syukur saya dan pasukan Malaysia yang lain tidak panik dan dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik," katanya.

Pelajar tingkatan dua itu turut menyuarakan hasrat untuk kembali menyertai pertandingan berprestij tersebut tahun hadapan, dengan semangat baharu untuk membawa pulang lebih banyak pingat buat negara.
Pertandingan Global IT Challenge (GITC) 2025, yang berstatus antarabangsa, dianjurkan bagi memberi ruang serta menguji keupayaan golongan OKU berusia antara 14 hingga 23 tahun dalam bidang teknologi maklumat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



