Pelajar IPT Wajib Ambil Dua Kursus Baharu Tahun Depan, Fokus Kenegaraan & Pemikiran Kontemporari

Difahamkan, kedua-dua kursus itu merupakan hasil rombakan terhadap kursus 'Etika dan Peradaban'.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai tahun hadapan, lebih 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk universiti awam, politeknik dan kolej komuniti akan diwajibkan mengambil dua kursus baharu di bawah komponen Mata Pelajaran Umum (MPU)

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rombakan Semula Kursus MPU, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, sebagai langkah memperkukuh kefahaman generasi muda mengenai asas kenegaraan dan pembinaan negara bangsa.

Menurut laporan Berita Harian, dua kursus yang akan diperkenalkan ialah Aspirasi Pembinaan Negara Bangsa dan Falsafah dan Pemikiran Kontemporari.

SAYS.com

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rombakan Semula Kursus MPU, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

Image via Berita Harian

Kursus Aspirasi Pembinaan Negara Bangsa fokus kepada pemahaman mendalam mengenai pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, sejarah kenegaraan, serta semangat perpaduan.

Manakala, kursus Falsafah dan Pemikiran Kontemporari pula mengupas aliran pemikiran moden, isu intelektual semasa dan falsafah yang membentuk struktur masyarakat hari ini.

Kedua-dua kursus tersebut merupakan hasil rombakan terhadap kursus 'Etika dan Peradaban' yang sebelum ini sendiri merupakan penjenamaan semula daripada 'Hubungan Etnik' pada 2018.

Mengapa kursus baharu ini diperkenalkan?

Menurut Datuk Shamsul Amri, rombakan itu dibuat selepas Kabinet mengarahkan semakan kandungan MPU untuk memastikan fakta, pendekatan dan modul lebih relevan dengan perkembangan semasa.

Antara objektif utama:

  • Memberi pemahaman jelas tentang Federalisme dan perbezaan struktur pentadbiran antara negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  • Memantapkan pengetahuan mengenai Perlembagaan Malaysia dan konsep kenegaraan.
  • Menangani sikap prejudis, stereotaip dan salah faham berkaitan isu hak serta identiti nasional.
  • Mendedahkan pelajar asing kepada keunikan Malaysia sebagai negara majmuk.
SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStarImage via

Beliau turut menegaskan bahawa kursus baharu ini akan menggunakan sistem penilaian berterusan yang dianggap lebih adil dan menyeluruh.

Difahamkan, modul kursus masih dalam pembangunan oleh jawatankuasa khas. Selepas siap, ia kemudian dibawa untuk kelulusan Kabinet dan dibentangkan ke Majlis Penasihat Pendidikan Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, menyifatkan langkah itu penting dalam memastikan kurikulum universiti terus dinamik dan seiring perubahan global

"Kita melihat KPT menyahut melalui usaha pengenalan kursus baharu itu bagi melahirkan jati diri insan yang bangga dengan selok-belok negara sendiri.

"Sistem pendidikan kini sudah berubah malah di universiti setiap tiga tahun selalunya kita akan melakukan semakan kurikulum,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: