Pelajar 10A Fasih Cakap Jepun – “Siapa Kata Budak Tahfiz Tak Boleh All-Rounder”
Betul-betul hebat, tahniah dik!
Cover image via @tahfizmadinatulhuffaz (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelajar hafizah yang cemerlang ditemu bual bersama bapanya
Menerusi video yang dikongsi oleh @tahfizmadinatulhuffaz, pelajar yang bernama Aina Afiqah Binti Sahipol Nizam itu menjawab soalan yang ditujukan kepadanya menggunakan bahasa Jepun.
Apa yang lebih membanggakan, Aina bukan sahaja fasih berbahasa Jepun, malah dia memperoleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu 10A dalam SPM 2024 dan menjadi tokoh sahsiah di sekolahnya.


Ayah pun cakap bahasa Jepun, luah rasa gembira dan syukur
No wonderlah Aina boleh berbahasa Jepun, rupa-rupanya ayahnya juga bertutur bahasa itu.
"Hari ini, sebagai ayah, saya sangat gembira dikurniakan anak perempuan yang sangat cemerlang," katanya.
Difahamkan, ibunya merupakan warganegara Jepun. Jadi, tidak hairanlah jika bahasa Jepun menjadi bahasa harian mereka.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



