Pekerja Swasta Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk ‘Work From Home’ – Menteri Sumber Manusia

Permohonan itu tertakluk kepada kesesuaian sektor dan persetujuan majikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & HRM Asia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerja sektor swasta boleh memohon kepada majikan untuk amalan kerja secara fleksibel termasuk bekerja dari rumah (work from home)

Menurut laporan dari Berita Harian, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan mengatakan inisiatif ini memberi penumpuan khas kepada kebajikan pekerja selari dengan keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga.

"Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif AKF dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 dan pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025." kata beliau ketika di Bangunan Parlimen semalam.

Semua sektor swasta boleh memohon kepada majikan untuk pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang merangkumi perubahan waktu kerja, perubahan hari bekerja atau perubahan tempat bekerja.

Permohonan ini tertakluk kepada kesesuaian sektor dan persetujuan majikan

"Permohonan tersebut juga tertakluk kepada hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan dan lain-lain syarat perkhidmatan," katanya pada sesi pengulungan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Rakyat semalam.

Walau bagaimanapun, Ramanan mengatakan kerja fleksibel ini tertakluk kepada kesesuaian sektor, jenis pekerjaan dan persetujuan antara majikan dan pekerja.

SAYS.com

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan

Image via Varnam Malaysia

Garis panduan AKF, juga telah disediakan untuk pemahaman pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mengenai perkara-perkara penting berkaitan inisiatif AKF.

"Setakat tahun lalu, sebanyak 2,460 organisasi terbabit dan memberi manfaat kepada sekitar 474,400 pekerja." tambah beliau lagi.

Insentif cukai berupa potongan tambahan 50% juga diberikan kepada majikan yang melabur dalam pembangunan kapasiti dan perisian berkaitan AKF.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: