Pekerja Salon KL Didakwa Raih Lebih RM58,000 Sebulan Melalui Komisen

Difahamkan, gaji asas yang diterima pekerja salon itu sekitar RM3,000.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu hantaran media sosial baru-baru ini telah mendedahkan slip gaji yang didakwa milik seorang pekerja di sebuah pusat penjagaan rambut terkenal di Kuala Lumpur

Apa yang lebih mengejutkan ia menunjukkan pendapatan bulanan sebanyak RM58,363.50, satu jumlah yang jauh melangkaui gaji asasnya sebanyak RM3,000.

Hantaran tersebut, yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang dipercayai merupakan perancang kewangan, memaparkan slip gaji berkenaan yang menunjukkan bahawa komisen jualan pekerja tersebut sahaja telah mencecah angka lebih daripada RM39,000.

Pusat penjagaan rambut yang dimaksudkan dilaporkan terletak di salah sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

"Siapa kata bekerja dalam bidang perkhidmatan tidak boleh menjadi kaya? Tetapi, lihatlah pendapatan bersihnya dengan lebih teliti!"
tambah perancang kewangan tersebut.

Hantaran media sosial itu turut menyertakan peringatan mengenai cabaran menguruskan pendapatan yang tinggi dan berasaskan komisen

"Untuk high-income earner yang ada commission tak menentu macam ni.

"Kena ada strategi kewangan dan loan yang betul. Sebab bank suka tengok fixed income. Kalau korang nak secure loan rumah/kereta/biz loan dengan payslip commission based yang power macam ni," katanya lagi.

Menurut perancang kewangan tersebut, pihak bank selalunya akan memberikan tumpuan utama kepada pendapatan tetap dalam urusan kewangan.

Timbul juga persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada tindakan perancang kewangan itu betul untuk berkongsi slip gaji individu lain secara umum

Walau bagaimanapun, pengguna media sosial yang lain turut memberikan perhatian terhadap kos perkhidmatan pusat penjagaan rambut yang tinggi tersebut.

Seorang pengguna menulis, "Mereka akan meminta anda membuat bayaran melalui ansuran kad kredit. Anda benar-benar perlu mengatakan 'Tidak' di situ juga, kerana satu pakej sahaja boleh menelan kos melebihi RM10,000. Mereka yang memerlukan perkhidmatan mereka harus berhati-hati dengan perbelanjaan masing-masing."

Dalam pada itu, pengguna lain pula berkongsi pengalaman bahawa seorang peguam yang bekerja di syarikatnya pernah mendapatkan rawatan rambut di pusat beli-belah yang sama, dengan perbelanjaan mencecah RM10,000 untuk sekali sesi rawatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik