Pekerja Gen Z Malaysia Paling Terkesan ‘Burnout’ & Kurang Gembira Berbanding Generasi Lain

Difahamkan, pekerja Gen Z menghadapi tekanan lebih unik dan kegembiraan yang lebih rendah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Free Malaysia Today & Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Laporan mendapati pekerja Gen Z di Malaysia paling kurang gembira dan lebih tinggi 'burnout' berbanding generasi lain

Dilaporkan Sinar Harian, oleh pekerja muda di Malaysia adalah antara yang paling tidak gembira mengikut Workplace Happiness Index Report dari Joobstreet dan SEEK.

Seramai 45% pekerja Gen Z Malaysia mengalami keletihan atau 'burnout' berbanding 41% untuk Milennials dan 36% buat Generasi X.

Keletihan ini berkait rapat dengan tahap ketidakpuasan kerja sekaligus menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mengalami 'burnout' dan tidak gembira.

Perbezaan tekanan yang unik ketika permulaan pekerjaan

Pakar juga mengatakan perbezaan ini adalah kerana tekanan unik yang dihadapi oleh pekerja muda ketika awal karier mereka.

Ramai yang terpaksa menguasai beberapa kemahiran baru serentak, tidak biasa dengan persekitaran korporat dan ditambah dengan cubaan untuk membuktikan nilai profesional mereka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via SEEK

"Keletihan ini berkait rapat dengan tahap ketidakpuasan kerja di mana pekerja yang tidak gembira dua kali ganda lebih cenderung mengalaminya berbanding mereka yang gembira.

"Dalam kalangan pekerja yang tidak gembira, 71 peratus menyatakan keseimbangan kerja dan kehidupan lebih baik boleh meningkatkan kebahagiaan mereka selepas faktor gaji sekali gus menunjukkan keletihan yang tidak diurus boleh menjejaskan produktiviti jangka panjang,"
katanya.

SAYS.com
Image via SEEK

Selain daripada itu, pekerja Gen Z sebenarnya lebih selesa menjadi diri mereka sendiri di dalam persekitaran profesional.

Tambahan lagi, 69% merasakan mereka (Gen Z) lebih mudah untuk menjadi diri sendiri di tempat kerja berbanding Milennials dan Gen X.

Gen Z sebenarnya lebih gembira apabila diberikan keseimbangan kerja-hidup dan budaya syarikat yang lebih menyeronokkan.

Kajian ini telah dibangunkan berdasarkan maklumbalas kira-kira 1,000 responden berumur 18 hingga 64 tahun yang bekerja di Malaysia.

Laporan Workplace Happiness Index: Malaysia ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai persepsi pekerja terhadap pekerjaan mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: