[VIDEO] Seorang Pekerja Hampir Nazak Dipukul Dengan Getah Paip Kerana Didakwa Mencuri

Manusia sekarang makin hari makin kejam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Video Viral/Facebook
Logo

Akibat didakwa mencuri wang milik syarikat, seorang lelaki dipercayai warga Indonesia dipukul tanpa belas kasihan dengan menggunakan getah paip oleh majikannya

Kejadian itu menjadi viral apabila satu video berdurasi 2 minit 10 saat yang memperlihatkan lelaki tersebut mengerang kesakitan sambil merayu dan menangis, tersebar di Facebook pada 20 Februari lalu.

Melalui video rakaman amatur itu, jelas sekali menunjukkan lelaki berkenaan berkali-kali merayu supaya majikannya berhenti daripada terus memukul dirinya.

Lelaki tersebut merayu untuk tidak dipukul

Image via Video Viral/Facebook

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya sumpah bukan saya yang lakukan," rayu lelaki tersebut.

Sungguhpun begitu, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh majikannya yang dipercayai juga merupakan rakyat tempatan.

"Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat)," kata lelaki tersebut sebelum menendang muka pekerjanya yang tidak melawan itu.

Visual lelaki tersebut ditendang pada mukanya

Image via Video Viral/Facebook

Visual lelaki tersebut dipukul dengan getah paip

Image via Video Viral/Facebook

Di Facebook, rata-rata netizen berang dan mengecam tindakan majikan berkenaan, malah meminta PDRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap lelaki warga tempatan tersebut

Video itu dikatakan turut tersebar di negara jiran dan kebanyakan rakyat Indonesia juga berasa sangat marah dan berang setelah menonton video berkenaan.

Saksikan video penuh di bawah:

Dapat info katanya lelaki ni dibelasah kerana curi duit syarikat….entah idup mati x tau la mamat nih….

Posted by Video Viral on Saturday, 20 February 2016

Apa pendapat anda?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Video viral seorang nenek yang didera ini pula dikatakan mereka hanya bergurau semata-mata. Baca SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: