Peguam Jelaskan Influencer Berisiko Dipantau LHDN Jika Gagal Isytihar Pendapatan

Kegagalan untuk mengisytiharkan pendapatan boleh membawa akibat yang serius termasuk risiko muflis dan sekatan perjalanan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gaya hidup glamor, kereta mewah dan perjanjian berprofil tinggi yang sering dikongsi pempengaruh adalah petunjuk pendapatan yang boleh menyebabkan mereka dipantau oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika gagal mengisytiharkannya

Menurut laporan Bernama, peguam Nur Amira Ahmad Azhar menjelaskan, LHDN berhak mengeluarkan 'penilaian berdasarkan anggaran terbaik' dengan mengukur pendapatan individu berdasarkan aset dan gaya hidup (seperti penyata bank, pembelian bernilai tinggi, hartanah, dan kereta), tindakan yang boleh mengakibatkan bayaran cukai melonjak tinggi.

"Pendapatan daripada tajaan, kerjasama dengan jenama besar, jualan affiliate, memperomosikan produk, jualan barangan dalam talian atau penjanaan wang melalui YouTube mahupun TikTok dianggap sebagai pendapatan perniagaan atau bekerja sendiri dan boleh dikenakan cukai di bawah Seksyen 4 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Dengan kata lain, apabila ia bersifat pendapatan tetap atau berniat komersial, LHDN menganggap ia sebagai perniagaan walaupun ia dilakukan dari rumah, tanpa syarikat atau sebagai aktiviti sampingan. Secara praktiknya, LHDN boleh menganggap kebanyakan deposit bank sebagai pendapatan melainkan mereka dapat membuktikan sebaliknya dan dianggap sangat kecil atau tiada perbelanjaan yang boleh ditolak kerana tidak menyimpan rekod yang betul.

"Apabila penilaian berdasarkan anggaran terbaik ditimbulkan, beban untuk membuktikan bahawa pendapatan itu adalah lebih rendah atau mempunyai perbelanjaan perniagaan yang sah akan beralih kepada mereka (pempengaruh)," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Binus

Tanpa dokumen sokongan LHDN akan menolak tuntutan perbelanjaan

Peguam Nur Amira Ahmad Azhar menegaskan bahawa tanpa invois, resit, kontrak, atau rekod akaun yang betul, LHDN akan menolak tuntutan perbelanjaan, sekali gus memaksa pembayar cukai menanggung cukai, penalti, dan caj lewat bayar yang jauh lebih tinggi daripada sepatutnya.

Kegagalan mengisytiharkan pendapatan juga membawa akibat serius, termasuk risiko muflis dan sekatan perjalanan.

SAYS.com
Image via AnyMind (Gambar sekadar hiasan)

Justeru, beliau menasihati pempengaruh yang belum mengisytiharkan pendapatan tahun-tahun lepas agar segera membuat pengakuan sukarela kepada LHDN bagi mengelakkan penalti yang lebih berat di masa hadapan.

"Isytiharkan pendapatan, serahkan borang cukai dan bayar cukai seperti yang sepatutnya. Pendekatan sukarela dilihat lebih baik berbanding menunggu untuk audit. Secara ringkas, jika wujud pendapatan ia mesti diisytiharkan. Rekod yang baik dapat melindungi anda begitu juga sebaliknya,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: