Peguam Bela Roh Di Mahkamah? Drama Korea Phantom Lawyer Tampil Plot Luar Biasa Di Tonton

Menarik ni, tak sabar nak tengok!

Enlarge text
Cover ImageCover image via FandomWire & Tonton
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau biasanya peguam mempertahankan klien manusia di mahkamah, bagaimana pula kalau kliennya adalah… roh?

Itulah premis unik yang dibawakan dalam drama Korea terbaharu, Phantom Lawyer yang mula ditayangkan di platform Tonton bermula 13 Mac 2026 ini.

Drama ini tampil dengan gabungan elemen guaman, fantasi, aksi dan misteri yang memberikan kelainan daripada kebanyakan K-Drama sedia ada.

Apa yang lebih menarik, ia turut dibintangi pelakon popular Yoo Yeon-seok sebagai watak utama.

SAYS.com
Image via Tonton

Dalam drama ini, Yoo Yeon-seok memegang watak Shin Yi-rang, seorang peguam yang baru membuka firma guaman di sebuah rumah lama yang dahulunya milik seorang bomoh.

Segalanya berubah apabila Yi-rang menyedari dia mempunyai keupayaan luar biasa, iaitu boleh melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh manusia lain.

Tidak lama kemudian, roh-roh yang mempunyai penyesalan serta urusan yang belum selesai ketika hidup mula datang mencarinya.

Mereka berharap Yi-rang dapat membantu menuntut keadilan yang tidak sempat diperoleh ketika masih hidup.

Pegum elit jadi rakan sekerja

SAYS.com
Image via KOCOWA Blog

Drama ini turut menampilkan pelakon Esom sebagai Han Na-hyun, seorang peguam elit dari firma terkenal dengan rekod kemenangan hampir sempurna.

Namun, reputasinya tercabar apabila dia tewas dalam satu perbicaraan kepada Yi-rang.

Kekalahan itu akhirnya menemukan mereka dalam pelbagai kes misteri yang melibatkan dunia manusia dan alam ghaib.

Walaupun pada awalnya Na-hyun sukar mempercayai keupayaan Yi-rang, dia akhirnya mula menerima hakikat selepas berdepan sendiri dengan kejadian aneh yang sukar dijelaskan secara logik.

Sejak itu, mereka berganding bahu menyelesaikan kes-kes pelik yang melibatkan roh yang mencari keadilan.

SAYS.com
Image via FandomWire

Selain Yoo Yeon-seok dan Esom, drama ini turut dibintangi beberapa pelakon berbakat lain seperti Kim Kyung-nam, Jun Suk-ho dan Kim Mi-kyung.

Gabungan pelakon ini dijangka memberikan lakonan yang mantap sepanjang penceritaan.

Tayang serentak dengan Korea

SAYS.com
Image via Reddit

Menariknya, Phantom Lawyer ditayangkan secara serentak dengan waktu siaran di Korea Selatan bagi memastikan peminat K-Drama di Malaysia tidak ketinggalan mengikuti setiap perkembangan cerita.

Episod baharu drama ini ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 10.30 malam hanya di Tonton.

Dengan jalan cerita yang menggabungkan misteri, guaman dan dunia ghaib, Phantom Lawyer berpotensi menjadi antara K-Drama yang paling mencuri perhatian tahun ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik