Pedofil Britain Cabul 200 Kanak-Kanak Malaysia, Hasilkan Puluhan Ribu Bahan Lucah
Dia pada awalnya menafikan perbuatannya, namun akhirnya membuat pengakuan.
Cover image via thesun.co.ukSeorang pedofil warga Britain berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia
**Richard Huckle, 30,** dari Ashford di Kent mengakui mengambil gambar dan video mangsa yang dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web.
Aktiviti tidak bermoral itu dilakukannya terhadap kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun sejak 2006 hingga 2014.
Image via www.astroawani.com
Huckle mendekati kanak-kanak di Kuala Lumpur dengan menyamar sebagai guru bahasa Inggeris yang membuat kebajikan
Image via www.thesun.co.uk
Pihak penyiasat menemui lebih 20,000 imej lucah di dalam komputernya selain catatan mengenai serangan yang dilakukannya serta sebuah buku panduan yang ditulisnya bertajuk "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide"
Dia didakwa dengan 91 pertuduhan termasuk serangan seksual ke atas 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur di mana dia pernah menjadi guru bahasa Inggeris.
Image via www.freemalaysiatoday.com
Menurut pendakwaraya, Brian O'Neill, gambar terbabit telah dimuat naik di laman web dan sering dikongsi dengan pedofil yang lain
Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014 ketika dia pulang dari Malaysia untuk bercuti musim Krismas .
Image via www.thesun.co.uk


