Pearly & Thinaah Kini Beregu Wanita Ranking No.1 Bagi Kelayakan Jelajah Dunia BWF

Mereka menyingkirkan pasangan handalan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, daripada kedudukan nombor satu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Badminton Photo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, terus mencipta sejarah tersendiri apabila kini menduduki tangga teratas ranking kelayakan Jelajah Dunia BWF

Ia sekali gus menyingkirkan pasangan handalan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, daripada kedudukan nombor satu.

Menerusi laporan Berita Harian, gandingan negara yang juga naib juara dunia itu kini mengumpul 104,860 mata, yang mengatasi kutipan 103,150 mata milik Sheng Shu-Tan Ning, selepas pasangan China berkenaan tidak menyertai saingan Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo baru-baru ini.

Ranking Jelajah Dunia BWF berperanan menentukan lapan pasangan terbaik yang layak ke pentas berprestij, Final Jelajah Dunia (WTF), yang dijadual berlangsung di Hangzhou dari 17 hingga 21 Disember ini.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Pearly-Thinaah masih kekal di tangga kedua dunia di belakang pasangan China berkenaan

Walaupun Pearly-Thinaah masih kekal di tangga kedua dunia di belakang pasangan China berkenaan, kejayaan merampas kedudukan teratas dalam ranking Jelajah Dunia BWF menjadi suntikan semangat berharga menjelang aksi Masters Kumamoto di Jepun yang bermula Selasa ini.

Beregu negara itu kini berhasrat menambah koleksi kejuaraan Jelajah Dunia mereka musim ini selepas merangkul gelaran di Terbuka Thailand dan Terbuka Artik, Finland.

Diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan bertaraf Super 500 itu, Pearly-Thinaah dijangka berdepan cabaran getir sekiranya mara ke pentas final, apabila berpotensi menentang gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: