PDRM Serbu Kilang Kitar Semula, Kantoi Guna Tuala Wanita & Pampers Terpakai Proses Bahan Kasut

Jijiknya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita RTM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, sebuah kilang kitar semula di Parit Buntar, Perak diserbu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dikatakan menjadi pusat proses sisa jijik

Menerusi klip dari Berita RTM yang dikongsi di laman Threads, kilang tersebut diserbu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PDRM selepas mendapat aduan bau busuk air merah dan berbuih di sekelilingnya.

Difahamkan, rupa-rupanya kilang tersebut mengambil lampin pakai buang dan tuala wanita tercemar yang kemudiannya diproses menjadi papan kertas sebelum dijual semula.

Lampin pakai buang dan tuala wanita dilonggok kira-kira seribu tan terdedah panas dan hujan

"Sejak awal tahun lagi, premis itu menjadi pusat proses sisa jijik yang tidak sepatutnya. Lampin pakai buang dan tuala wanita dilonggok kira-kira seribu tan terdedah panas dan hujan sebelum diproses menjadi papan kertas.

"Aduan penduduk akhirnya membawa kepada serbuan ini setelah bau busuk dan aliran air hitam tidak lagi mampu ditanggung.

Bahan buangan itu dikatakan berasal dari negeri di selatan tanah air

"Hasil pemeriksaan mengejutkan pihak berkuasa apabila kilang tersebut tidak pernah berdaftar dan tidak ada lesen tetap. Di dalam kilang pula lima kolam takungan ditemui. Salah satunya mengandungi cecair berwarna merah pekat selain air berbuih di paya berhampiran.

"Bahan ini kemudian akan diproses menjadi paper board sebelum dihantar ke Indonesia dan juga China untuk proses pembuatan kasut," katanya lagi.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: