PDRM Diarah Siasat Semula Kes Zara Qairina Termasuk Gali Semula Kubur Mayat & Bedah Siasat

Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Peguam Negara berpendapat ada keperluan untuk siasatan lanjut kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina diambil semula oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Dalam satu kenyataan Jabatan Peguam Negara di Facebook, pihaknya mahu PDRM memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan.

Arahannya termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.

"Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina," kata Jabatan Peguam Negara menerusi satu kenyataan rasmi.

SAYS.com

Allahyarhamah Zara Qairina

Image via Media Sosial

Terdahulu, Noraidah Lamat, 45 ibu kepada Zara Qairina menyuarakan perkara sama sebelum ini bagi merungkai persoalan yang masih belum berjawab berkaitan punca sebenar kematian anaknya

Dalam pada itu, peguam yang mewakili ibu mangsa, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri dalam satu kenyataan mengesahkan tiada bedah siasat dilakukan terhadap jenazah mangsa selepas remaja itu disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Sebagai rekod, Zara Qairina yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah didakwa terjatuh dari tingkat tiga dan ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pukul 4 pagi, 16 Julai lalu.

Dia disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

Berikut di bawah kenyataan rasmi daripada Jabatan Peguam Negara mengenai arahan lanjut kes kematian Zara Qairina:

SAYS.com
Image via Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: