Pasport Palsu RM400 Siap Dalam 10 Minit, Sindiket Kantoi Selepas Imigresen Serbu Apartment Di Kepong

Sindiket itu dikatakan mengambil upah RM400 untuk setiap pasport palsu yang dibuat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak sampai 15 minit, dah boleh dapat pasport palsu?

Itulah kerja sindiket pemalsuan dokumen di Kepong yang akhirnya 'kantoi' selepas Imigresen KL buat serbuan menerusi Ops Serkap malam Isnin lepas.

Menurut laporan Sinar Harian, bukan setakat satu dua, malah ratusan pasport yang sedang diproses ditemui dalam sebuah unit apartmen di tingkat sembilan.

Lebih mengejutkan, dua lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 20-an langsung tidak perasan apabila pihak imigresen menyerbu mereka.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Mereka juga didakwa menerima gaji RM2,500 sebulan untuk buat kerja tersebut

Sindiket itu dikatakan mengambil upah RM400 untuk setiap pasport palsu yang dibuat.

Bukan itu saja, pihak imigresen turut menjumpai dokumen berkaitan FOMEMA iaitu dokumen pemeriksaan perubatan untuk pekerja asing di Malaysia.

Difahamkan, modus operandi sindiket tersebut adalah menyediakan pasport palsu untuk menipu klinik supaya buruh asing senang mendapatkan laporan FOMEMA.

Menurut Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, siasatan mendapati tempahan hanya dibuat melalui WhatsApp

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Sindiket akan menggunakan butiran peribadi individu berstatus 'fit' dan menukar wajah pada pasport kepada individu berstatus 'unfit' bertujuan menipu laporan darah dan X-Ray.

"Warga asing terbabit kemudian akan menggunakan laporan FOMEMA berkenaan untuk tujuan permohonan melanjutkan tempoh pas masing-masin
g.

"Pihak Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, khususnya warga asing yang bersubahat melakukan aktiviti jenayah ini," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: