Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Paling Berkuasa & Diiktiraf Di Dunia “Bangga!”
Power Malaysia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga terbaik dunia dalam Ranking Pasport Index 2025
Kedudukan pasport Malaysia di tangga ketiga dunia ini bukan sekadar angka, tetapi simbol kepada kepercayaan antarabangsa terhadap negara kita.
Ia mencerminkan kestabilan, reputasi baik, dan hubungan diplomatik yang kukuh dengan pelbagai negara.

Pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini berkongsi berita membanggakan di laman sosial mereka iaitu pasport Malaysia kini tersenarai antara yang paling berkuasa di dunia, berada di tangga ketiga global dalam Passport Index 2025.
Menurut JIM, pencapaian ini menunjukkan tahap kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap sistem keselamatan serta kualiti dokumen perjalanan negara yang diiktiraf di peringkat dunia.
"Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia," menurut hantaran berkenaan.
Untuk makluman, berdasarkan data rasmi di laman passportindex.org, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat pertama, diikuti Singapura dan Sepanyol di tangga kedua.
Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 