Pasangan Suami Isteri Sambut Hari Jadi Anak Dengan Aktiviti Sedekah Aiskrim Di Taman Awam

Sweetnya momen macam ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @3llyss4_ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, sambutan hari jadi tidak lengkap tanpa kehadiran kek dan majlis bersama keluarga atau rakan-rakan

Tetapi, ada juga orang yang memilih untuk menyambut secara bersederhana sahaja.

Namun, lain pula dengan pasangan suami isteri ini yang memilih cara berbeza untuk meraikan hari jadi anak mereka.

SAYS.com
Image via @3llyss4_ (TikTok)

Bawa anak ke taman untuk sedekah semasa hari jadi

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @3llyss4_, seorang wanita menceritakan cara istimewa keluarganya meraikan hari lahir anak lelaki bernama Luth Matee yang ke-3 tahun.

Berbeza daripada kebiasaan, mereka memilih untuk membawa si kecil ke sebuah taman rekreasi bagi bersedekah.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan keluarga itu menyediakan satu kotak aiskrim Malaysia yang kemudiannya diagihkan sendiri oleh anaknya kepada orang ramai di taman berkenaan.

"This year kita buat special sikit, share dengan semua orang little gift. To teach u that happiness tak perlu barang mahal. Tak perlu sambutan besar-besaran. Cukup berkongsi dengan penuh rasa ikhlas," tulis wanita itu.

Tindakan itu bukan sahaja menceriakan hari lahir anaknya, malah turut mengajar erti berkongsi sejak kecil.

Lihat video di bawah:

@3llyss4_

3 awesome years with you, and still counting. This year kita buat special sikit, share dgn semua org little gift. To teach u that happiness tak perlu barang mahal. Tak perlu sambutan besar besaran. Cukup berkongsi dgn penuh rasa ikhlas. If we could give you the whole world, we would, sayang 🤍 Terima kasih dari hati yang paling dalam kepada semua yang sudi menerima hadiah kecil dari kami, serta memberi ucapan dan doa yang baik buat anak kami. You made our child feel seen and so, so loved 🥹🤍 #Mateenturns3 #birthday #fyp

♬ original sound – 3llyss4_ – 3llyss4_

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik