Pasangan Suami Isteri Konvo PhD Serentak Di UMPSA – “Couple Goals Sebenar”

Definisi couple goal yang sebenar!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Bestari & My Green UMPSA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pasangan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Mohd Rozaimy Ridzuan dan Dr Noor Amira Syazwani Abd Rahman mencuri perhatian apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) secara serentak dalam bidang Dasar dan Pentadbiran Awam di Majlis Konvokesyen ke-20 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Menurut laporan Sinar Bestari, kisah mereka bukan sekadar tentang kejayaan akademik, tetapi perjalanan panjang dua insan yang memilih untuk membina kerjaya dan keluarga sambil melangkah di laluan ilmu yang sama.

Bermula dari diploma, ke sarjana dan kini menggapai PhD bersama. Lebih mengagumkan, kejayaan itu ditempa ketika mereka masih menguruskan tugasan sebagai pensyarah dan membesarkan dua anak kecil, Nur Aleesya Raaniya dan Muhammad Aish Rakin.

SAYS.com
Image via My Green UMPSA

Menurut Dr Mohd Rozaimy, antara strategi yang membantu mereka bertahan ialah disiplin membina mini-goals mingguan serta jadual kerja yang tersusun

"Sehari tetap 24 jam. Kalau bijak urus masa, tetap ada ruang untuk baca, tulis dan siapkan penyelidikan. Setiap pengorbanan itu hadiah untuk masa depan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Amira Syazwani berkongsi bahawa perjalanan PhD hanya akan terasa ringan apabila dilakukan dengan jiwa yang tenang.

"Kadang-kadang kita kena berhenti sekejap untuk tarik nafas. Bila sambung balik dengan jiwa yang tenang, semua jadi lebih mudah. Ilmu itu kena hadir dengan kegembiraan," ujarnya.

Sepanjang tempoh pengajian, pasangan itu bukan sahaja berjaya menamatkan tesis masing-masing, malah meraih pelbagai pengiktirafan akademik termasuk Anugerah Dekan, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan serta dua pingat emas inovasi berasaskan kajian mereka

SAYS.com
Image via Sinar Bestari

Kejayaan tersebut turut disandarkan kepada sokongan keluarga yang membantu menjaga anak serta penyelia akademik mereka, Profesor Madya Dr Jamal Rizal Razali dan Dr Ju Soon Yew, yang menjadi tunjang utama dalam perjalanan penyelidikan pasangan ini.

Kisah Dr Rozaimy dan Dr Noor Amira bukan sekadar inspirasi tentang kecemerlangan akademik, ia adalah bukti bahawa kerja keras, pengorbanan dan semangat saling menyokong boleh membawa pasangan menuju puncak kejayaan yang sama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: