Pasangan Suami Isteri Didakwa Salah Guna Wang Syarikat Bayar Sewa Rumah

Kes akan disebut semula pada 4 November depan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via RTM & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suami isteri yang juga bekas pengarah syarikat swasta mengaku tidak bersalah dalam salah guna wang syarikat

Tertuduh, Muhammad Fakhrullah Abd Rahim, 37, dan Nor Atiqah Mohamad Alwi, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Pasangan ini telah didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM49,000 milik Syarikat A2 Wax Sdn Bhd dengan membuat pengeluaran melalui cek tunai.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Cek tunai tersebut kemudian digunakan untuk bayaran sewa pejabat di Puchong, Selangor tetapi alamat tersebut digunakan untuk kediaman mereka.

Dipetik dari Harian Metro, kesalahan itu dilakukan pada 29 Ogos dan 23 November 2021 di sebuah cawangan operasi lain di Jalan Gong Kapas.

Pertuduhan kedua juga dibuat dimana pasangan tersebut melakukan kesalahan sama

Kali ini, mereka telah mengeluarkan RM7,000 untuk tujuan yang sama pada 31 Januari 2022.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, sebatan dan denda.

SAYS.com
Image via RTM

Mahkamah telah membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing sebanyak RM8,000 dan syarat tambahan, penyerahan pasport kepada mahkamah.

Mereka berdua juga perlu melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan.

Kes ini akan disebut semula pada 4 November.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: