Pasangan Suami Isteri Dakwa Ternampak Lembaga Misteri Di Bukit Miku, Rakaman Dashcam Jadi Tular

Meremang bulu roma.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu rakaman dashcam milik sebuah lori tular di media sosial selepas dipercayai memaparkan kelibat lembaga misteri di tepi Jalan Bukit Miku, Pahang, sekitar jam 11.46 malam kelmarin

Menerusi laporan Kosmo!, kejadian itu dialami oleh pasangan suami isteri ketika dalam perjalanan dari Rantau ke Triang, Pahang, selepas menghantar sebuah kereta tunda.

Menurut isteri, Nurul Murni Azizul, 35, dia menyedari kehadiran tiga lembaga yang kelihatan memandang dan tersenyum ke arah kenderaan mereka sebaik sahaja melalui kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Kelapi.

Katanya, pada ketika itu dia melihat dengan jelas dua individu perempuan dan seorang lelaki berpakaian seluar serta baju-T berdiri di tepi jalan. Terkejut dengan apa yang dilihat, dia segera menegur suaminya supaya tidak berkata apa-apa sepanjang melalui kawasan tersebut.

Namun, suaminya, Muhamad Asyraf Azman, 31, tidak menyedari kelibat berkenaan ketika kejadian.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Pasangan itu kemudian menyemak semula rakaman dashcam selepas perjalanan dan terkejut apabila rakaman hanya menunjukkan satu lembaga berpakaian serba putih, berbeza dengan apa yang dilihat oleh Nurul Murni secara langsung

Menurut Nurul Murni, dia tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular di media sosial, malah turut menerima maklum balas daripada pengguna lain yang mendakwa pernah mengalami kejadian sama di laluan Bukit Miku ke Inas.

Sementara itu, Muhamad Asyraf memaklumkan dia mula berasa tidak sedap hati selepas isterinya memberitahu tentang kelibat yang dilihat.

Lebih menghairankan, dia mendakwa lori yang dipandunya terasa luar biasa berat ketika mendaki Bukit Miku walaupun hanya menunda sebuah kereta Proton Wira.

"Sepatutnya tidak terasa berat, tetapi ketika itu saya rasa lori sangat berat dan terpaksa menggunakan gear rendah," katanya.

Setakat ini, tiada sebarang penjelasan rasmi berhubung kejadian tersebut, namun lokasi berkenaan sememangnya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri oleh penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

Rakaman itu terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ada yang mengaitkannya dengan fenomena paranormal, manakala sebahagian lain berpendapat ia mungkin sekadar ilusi optik atau kesan pencahayaan kamera pada waktu malam.

Lihat video di bawah:

Fetching content

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Kosmo!