Pasangan Remaja Dituduh Bunuh Pelajar Universiti Cyberjaya, Mayat Ditemui Dalam Bilik Asrama
Sri Darvien Mathavan dan Thineswary Devendran, kedua-duanya 19, didakwa di mahkamah hari ini, 10 Julai, atas pembunuhan Maniishhapriet Kaur Akhara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasang remaja berusia 19 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini, 10 Julai, atas pertuduhan membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, seorang pelajar jurusan fisioterapi Universiti Cyberjaya
Menurut laporan New Straits Times, tertuduh utama, Sri Darvien Mathavan, seorang pekerja sambilan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh Maniishapriet, 20, yang ditemui mati dengan kesan hentakan teruk di kepala pada pagi 24 Jun di unit asrama universiti berkenaan.
Teman wanitanya, Thineswary Devendran, 19 dan merupakan pelajar universiti pula didakwa atas kesalahan bersubahat dalam pembunuhan itu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 302.
Menurut kertas pertuduhan, Darvien didakwa melakukan jenayah itu di Block A, Mutiara Ville, Cyberjaya, antara 9.11 malam dan 11.31 malam pada 23 Jun. Thineswary pula didakwa bersubahat pada 12.30 tengah hari hari yang sama, di lokasi yang sama.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan
Kedua-dua tertuduh hadir secara berasingan di hadapan Majistret Khairatul Animahtul Abd Jalani, dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Farida Raja Zaharudin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Sementara itu, peguam bela M Manoharan yang mewakili Darvien dan Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Thineswary memohon agar kes dipercepatkan dan segera dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, memandangkan ia telah menarik perhatian orang ramai dan tular di media sosial.
Namun, pihak pendakwaan memaklumkan mereka memerlukan masa untuk melengkapkan dokumen berkaitan sebelum sebarang pemindahan boleh dilakukan.
Mahkamah menetapkan 11 September 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, suspek pernah tinggal di asrama guna kad akses diberi teman wanita
Difahamkan, suspek lelaki dipercayai pernah menetap di unit asrama tersebut sebelum kejadian dengan menggunakan kad akses dan kunci yang diberikan oleh teman wanitanya.
Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh dengan objek tumpul yang menyebabkan kecederaan parah di kepala sebelum beberapa barangan peribadi mangsa seperti komputer riba, iPhone dan kad ATM turut dilarikan.
Sebelum ini, pertuduhan terhadap suspek utama yang dijadualkan pada 8 Julai ditangguhkan sementara menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 