Pasangan Pengantin Terima Kalungan Wang Tunai Termasuk Dolar Amerika Curi Perhatian Warganet
Banyak tu, rezeki pengantin baru.
Cover image via @subaidialvaro (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasang pengantin baru di Madura, Jawa Timur mencuri perhatian ramai apabila menerima kalungan wang tunai yang melitupi hampir keseluruhan badan mereka ketika majlis perkahwinan berlangsung
Momen tersebut tular selepas sebuah video dimuat naik di platform TikTok memaparkan pasangan berkenaan duduk di atas pelamin sambil ahli keluarga melilit tubuh mereka dengan lembaran wang yang disusun seperti kalung.
Walaupun jumlah sebenar wang tidak dinyatakan, rakaman itu menunjukkan terdapat campuran wang bernilai rupiah dan juga dolar Amerika, menandakan nilai hadiah yang diterima mungkin cukup besar.

Klip berkenaan menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya kagum dan terkejut melihat tradisi pemberian hadiah yang begitu mewah
Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tontonan serta pelbagai reaksi, dengan sebahagian warganet menganggap ia sebagai simbol penghargaan dan restu keluarga kepada pasangan pengantin.
"Bukan sedikit, mata wang dolar pun ada," kata seorang pengguna media sosial.
"Adakah kesemua wang itu diberikan kepada pengantin atau perlu dibahagi kepada keluarga mentua?" kata pengguna media sosial lain.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



