Pasangan Kongsi Tarikh Lahir & Tempat Hospital Yang Sama – “Real Jodoh Tertulis Luh Mahfuz”
Hanya enam jam perbezaan di Hospital Besar Melaka.
Cover image via arisya_zaidy / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz, inilah yang betul-betul berlaku ke atas sepasang suami isteri dari Melaka ini
Perkongsian ini dibuat oleh isteri dengan nama arisya_zaidy di laman Threads.
"POV: surat beranak suami dan isteri. Ini baru betul lahir-lahir jumpa jodoh," ujarnya di Threads.
Hanya berkongsi untuk suka-suka, Arisya tidak menyangka perkara ini telah menarik perhatian ramai netizen di Threads.
Dilahirkan hanya berbeza enam jam di hospital yang sama
Kedua-dua mereka telah lahir pada 24 Disember 1996 dengan hanya perbezaan lebih kurang 6 jam sahaja.
Suaminya dilahirkan dahulu pada pukul 12.17 tengah malam dan tidak lama kemudian isterinya pula pada pukul 6.27 pagi di Hospital Besar Melaka.

Difahamkan Arisya di Threads, mereka berdua telah lama kenal setelah berjumpa di satu pusat tusyen SPM pada tahun 2013 lagi.
"Tapi menang saya crush dekat suami saya ketika itu sebab ada ciri-ciri teman lelaki idaman," katanya.
Setelah hasil selidik dari si isteri, mereka berdua mempunyai tarikh lahir yang sama.
Rupa-rupanya ketika itu, sebelum berkahwin suaminya telah mempunyai seorang teman wanita sehinggalah tahun 2018 apabila mereka berjumpa semula di Instagram.
Netizen pula mengambil peluang untuk memberi komen mereka mengenai perkara yang 'kebetulan' berlaku.
"Mesti berkenalan waktu kuning ni," kata amerussyafiq.
"Entah-entah selisih ketika dalam perjalanan ke bilik bersalin ni. Hebat-hebat," ujar atiqahj1607.
"Tolong beritahu kami, kamu berdua berkahwin pada 24 Disember 2024?" ujar mhmdnrthqf.
"Awak adalah subuh baginya, dia adalah magrib buat kamu," dari miitcya.
Ada juga beberapa pasangan lain yang mengongsikan perkara yang sama seperti lahir pada hari yang sama.
Arisya juga berterima kasih kepada ramai yang mendoakan kebaikan buatnya dan suami dan mendoakan orang ramai untuk berjumpa dengan jodoh mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



