Parcel ‘Free Gift’ Datang Tanpa Dipesan, Orang Ramai Syak Taktik Scam Baharu

Macam-macam scammer boleh buat sekarang.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taktik penipuan atau scammer kini dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan, malah mereka kini menggunakan modus operandi licik dengan menghantar bungkusan percuma kepada orang ramai

Situasi ini mula mencetuskan keresahan dalam kalangan pengguna media sosial yang melaporkan penerimaan bungkusan misteri daripada pengirim yang menggunakan nama 'Apple Sweet', sedangkan mereka tidak pernah membuat sebarang pesanan secara dalam talian.

Kebimbangan ini timbul kerana pemberian hadiah tanpa diminta itu dikhuatiri mempunyai niat tersembunyi untuk memerangkap mangsa bagi tujuan penipuan yang lebih besar.

SAYS.com
Image via Threads

Nama penerima diletakkan sebagai 'gift'

Isu ini mula tular di platform Threads selepas seorang wanita dengan akaun @zxfge berkongsi pengalamannya menerima bungkusan misteri di hadapan rumah yang hanya dilabelkan sebagai 'Gift'.

Dia meluah rasa sangsi dengan kiriman tersebut memandangkan sepanjang bulan itu, beliau langsung tidak melakukan sebarang transaksi atau pembelian di platform e-dagang seperti Shopee mahupun mana-mana kedai dalam talian.

"Anyone ada dapat parcel dari sender "Apple Sweet" tak? lepastu nama penerima (kita) dia letak "Gift" ? bulan ni i takde order apa apa dari shoppe or etc tetiba ada parcel depan rumah and dalam dia ada keychain patung bear," katanya.

SAYS.com
Image via Threads

Perkongsian tersebut telah memancing pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads yang lain, di mana ada yang menasihatkan agar bungkusan sedemikian terus dibuang bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Dalam masa yang sama, beberapa individu turut tampil berkongsi pengalaman serupa, sekali gus menunjukkan bahawa taktik penghantaran misteri ini sebenarnya telah menimpa ramai mangsa lain.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik