Paras Air Empangan Menyusut, Operasi Pembenihan Awan Dilaksana Di Tiga Negeri Mulai Hari Ini
Langkah proaktif itu diambil bagi memastikan bekalan air kekal mencukupi dan tidak menjejaskan keperluan domestik serta pertanian.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak bermula hari ini sehingga Ahad (15 Februari) susulan paras air empangan yang semakin menyusut akibat cuaca panas berterusan
Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah proaktif itu diambil bagi memastikan bekalan air kekal mencukupi dan tidak menjejaskan keperluan domestik serta pertanian.
Difahamkan, kerajaan tidak mahu mengambil risiko dengan menunggu sehingga paras air mencapai tahap kritikal sebelum sebarang tindakan diambil.
"Sekarang ini kita sedang mengalami musim Monsun Barat Daya. Meskipun (paras air di empangan) hanya di peringkat amaran tetapi kita tidak mahu tunggu sampai ke peringkat kritikal baru hendak berusaha," katanya selepas Sesi Penggulungan Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi Tahun 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Image via BERNAMAOperasi pembenihan awan di Johor akan melibatkan Empangan Upper Layang, Empangan Pulai 1 dan Empangan Machap
Pelaksanaan dijadualkan masing-masing pada hari ini, Khamis dan Ahad.
Sementara itu, pada Jumaat dan Sabtu, operasi sama akan dijalankan di Kedah melibatkan Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning, selain Empangan Bukit Merah di Perak.
Langkah ini mencerminkan kesiapsiagaan kerajaan dalam menangani isu penyusutan paras air empangan lebih awal, khususnya ketika negara berdepan cuaca panas yang berpanjangan.
Operasi pembenihan awan diharap dapat membantu meningkatkan jumlah taburan hujan di kawasan tadahan air seterusnya menstabilkan paras empangan yang terlibat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 