Panik Jika Raya Mengejut, Banyak Pasar Raya Sesak & Kini Diserbu Orang Ramai
Ada yang sampai terpaksa berebut ayam dan barangan asas lain kerana cepat habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang ramai berpusu-pusu menyerbu pasar raya pagi ini, bimbang sambutan Hari Raya Aidilfitri diumumkan secara mengejut
Menurut laporan Kosmo!, suasana sesak dilaporkan di beberapa premis sekitar Gua Musang apabila rakyat mula membeli barangan keperluan.
Difahamkan, orang ramai mula membanjiri pasar raya seawal jam 8 pagi untuk mendapatkan bahan mentah, kuih-muih, dan kelengkapan rumah.
Ada yang sampai terpaksa berebut ayam dan barangan asas lain kerana cepat habis.

Sementara itu, beberapa pengunjung pasar raya turut berkongsi pengalaman mereka
"Saya datang awal nak elak kesesakan, tapi ayam dah habis di beberapa pasar raya tengah hari tadi. Memang sesak, nak bergerak pun susah," Nor Azura Mat, 34.
Siti Aisyah Jamali, 29, berkata dia buat persiapan lebih awal sebab bimbang pengumuman Hari Raya diumumkan lebih awal.
"Kalau tunggu saat akhir, memang tak sempat. Orang lain pun berpusu-pusu, takut kehabisan barangan penting," katanya.
Dalam pada itu, pengurus pasar raya mengesahkan bekalan ayam dan beberapa barangan mentah cepat habis, namun menegaskan stok akan sentiasa ditambah bagi menampung permintaan rakyat yang tiba-tiba meningkat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 