Panggil Orang Dengan Gelaran ‘Anjing’, Individu Kini Boleh Dikenakan Hukuman Penjara

Peraturan baru tersebut merupakan bahagian dari Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang lain dengan menggunakan panggilan haiwan seperti 'anjing' di Indonesia kini merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh membawa padah besar

Berdasarkan peruntukan dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu yang mula dilaksanakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan tegas.

Menurut laporan Warta Lombok, pesalah bakal berhadapan dengan hukuman penjara dari tempoh sehingga enam bulan atau denda sebanyak 10 juta rupiah (anggaran RM2,400).

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh etika berkomunikasi

Berdasarkan peruntukan lama KUHP Perkara 315, penghinaan yang dilakukan secara sengaja di hadapan umum boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat bulan dua minggu.

Bagaimanapun, peruntukan terbaharu di bawah KUHP Perkara 436 yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari 2026 menegaskan bahawa penghinaan yang tidak tergolong sebagai penghinaan nama baik, sama ada secara lisan atau bertulis, boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

Pihak kerajaan berharap agar penguatkuasaan peraturan baharu ini mampu membendung gejala buli serta menggalakkan pembentukan budaya pertuturan yang lebih sopan dan beradab dalam kalangan masyarakat.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: