Panduan Mudah e-Filing, Ini Cara Lapor Cukai Pendapatan Tanpa Perlu Ke Kaunter LHDN
Jangan lupa lapor pendapatan walaupun tidak layak dikenakan cukai!
Cover image via The Star & SAYSFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap tahun, Mac menandakan masa untuk rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengisi pencukaian masing-masing
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuka sistem e-filing bagi membolehkan pembayar cukai melaporkan pendapatan menerusi Borang Nyata Tahun Taksiran 2025.
Orang yang perlu melaporkan ialah mana-mana individu dengan pendapatan penggajian tahunan RM37,333 (selepas potongan KWSP).
Pembayar cukai boleh melapor di laman rasmi portal MyTax LHDN.

Ini cara lapor pendapatan
1. Pastikan dokumen yang cukup
Sebelum log masuk ke portal, pastikan anda mempunyai tiga dokumen ini:
• Borang EA (Boleh dimohon dari bahagian sumber manusia tempat bekerja)
• Jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) (Boleh didapati di borang EA/slip gaji)
•Resit pelepasan cukai (Jika ada.)
2. Log Masuk ke MyTax Hasil
• Log masuk guna IC dan kata laluan

• Pilih E-Filing Bagi Tahun Taksiran 2025

• Pilih borang BE (Jika ada perniagaan anda perlu menggunakan borang B)
3. Isi bahagian pendapatan anda
• Rujuk Borang EA anda:
– Pendapatan kasar
-KWSP
-PCB
Pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat. Jangan sesekali anggar jumlah ini.
4. Isi pelepasan cukai (Bahagian paling penting)
Bahagian ini yang paling penting untuk kurangkan cukai anda.
Rujuk gambar Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Tahun Taksiran 2025 dari LHDN.
Pastikan bahagian Gaya Hidup maksina RM2,500 itu mengikut jumlah resit untuk mengelakkan masalah tidak diingini jika dipanggil LHDN.

5. Sistem akan mengira cukai sebenar setahun
Cukai sebenar setahun anda akan ditolak PCB yang sudah dibayar.
• Jika PCB melebihi cukai sebenar, anda layak untuk mendapat bayaran balik.
• Jika PCB kurang dari cukai sebenar, anda perlu menambah bayaran cukai.
6. Pengesahan
• Pastikan anda menyemak kesemua maklumat yang telah dimasukkan
• Tandakan 'pengakuan'
• Hantar
• Simpan slip pengakuan
Jika ada bayaran balik, secara amnya anda akan mendapat semula bayaran itu dalam 2 sehinggi 6 minggu ke akaun bank yang dipilih.
7. PERINGATAN
Minta borang EA daripada bahagian sumber manusia tempat bekerja anda. -Pengisian e-Filing akan dibuka pada 1 Mac 2026.
-Tarikh tutup borang BE adalah pada 30 April 2026.
Perlu juga diingatkan bahawa melapor cukai ini buka sahaja untuk mendapatkan bayaran semula, tetapi juga untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Adalah sangat disyorkan untuk orang yang tidak layak membayar cukai untuk tetap melaporkan pendapatan mereka ke LHDN.
Pendaftaran akaun secara e-Daftar dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi MyTax LHDN.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



