Pak Cik Guard Bersara Diraikan Sekolah, Murid Berlari Peluk & Nangis Di Hari Terakhir

Orang baik memang ramai sayang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @KakRockLaa (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jarang kita lihat pengawal keselamatan diraikan dengan penuh kasih sayang, tetapi itulah yang berlaku di Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 Shah Alam baru-baru ini apabila seorang pak cik guard diraikan besar-besaran sempena majlis persaraannya

Menerusi video yang dikongsi oleh @KakRockLaa di TikTok, pengguna itu yang merupakan anaknya menunjukkan suasana di sekolah itu berubah jadi penuh emosi apabila murid-murid berlari ke arah pengawal berusia 68 tahun itu sambil memeluk dan bersalaman dengannya.

"Walaupun abah cuma seorang pengawal keselamatan, abah tetap disayangi dan dikasihi oleh anak-anak murid kat sekolah tu," tulisnya.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan wajah murid-murid yang sebak dan terharu sewaktu pak cik guard itu berjalan keluar dari dewan

Malah, ada yang menangis dan melambai tangan seolah-olah tidak sanggup berpisah.

Ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan terima kasih dan doa daripada netizen yang turut tersentuh dengan momen manis itu.

Lihat video itu di bawah:

@rsm0nst3r_krl

Walaupun abah cuma seorang pengawal keselamatan abah tetap disayangi dan dikasihi oleh anak³ murid kat sekolah tu..SELAMAT BERSARA ABAH…@Farah Laa @🌹 SeTiA PaDa SaTu 🌹 @NOUFA @Zul Chinot @tuniahasan @mohdpanut3 SAYANGATOK‼️ RINDUATOK‼️ #SRAseksyen3 #ShahAlam #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Bintang Budak Kacamata – lagendarock

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via