Pahang Umum Benarkan Penjawat Awam Negeri ‘Work From Home’ 2 Hari Seminggu
Inisiatif tersebut berpotensi mewujudkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih sihat dalam kalangan pekerja di negeri itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan negeri Pahang mengumumkan satu langkah baharu yang pastinya memberi kelegaan kepada penjawat awam apabila dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) akan dilaksanakan selama dua hari seminggu secara bergilir, bermula minggu hadapan
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira keluh kesah rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup, termasuk kesan daripada ketidaktentuan ekonomi global dan krisis di Asia Barat.
Jelas beliau, pelaksanaan BDR ini bukan sekadar fleksibiliti kerja, tetapi juga satu usaha untuk membantu mengurangkan perbelanjaan harian seperti kos petrol, tol, makan minum serta pengurusan keluarga.
"Dasar ini akan dilaksanakan secara tersusun dan berjadual supaya tidak menjejaskan kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Image via Berita HarianImage viaKetua jabatan dan agensi akan diberi tanggungjawab untuk menyusun jadual kerja berdasarkan keperluan masing-masing
Dalam masa sama, penjawat awam diingatkan supaya terus mengekalkan disiplin, integriti serta tahap produktiviti walaupun bekerja dari rumah.
Menariknya, kerajaan negeri turut menggalakkan sektor swasta, GLC dan majikan lain di Pahang untuk mempertimbangkan pendekatan kerja fleksibel yang sama, sekiranya sesuai dengan operasi organisasi.
Langkah itu dilihat sebagai kesinambungan pengalaman ketika pandemik COVID-19, namun dengan penambahbaikan agar lebih efektif dalam situasi semasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 