Pahang Umum Bantuan Khas Kewangan 2 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam Negeri

Ia membabitkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun depan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjawat awam Pahang bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah dua bulan gaji, seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Menerusi laporan Berita Harian, pengumuman itu dibuat semasa beliau membentangkan Belanjawan Pahang 2026 dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.

"Segala kejayaan negeri hari ini tidak akan tercapai tanpa peranan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran.

"Komitmen dan kesetiaan mereka adalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, sebagai penghargaan di atas segala pengorbanan, kesetiaan, keikhlasan serta khidmat bakti sepanjang tahun, kerajaan negeri dengan sukacita mengumumkan pemberian BKK sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

"Ia membabitkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun depan," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Relevan

Insentif Khas Pahang 1st sebanyak RM200 kepada kakitangan awam berpendapatan bawah RM3,000

Dalam masa yang sama, Wan Rosdy menyatakan kerajaan negeri memperuntukkan RM3.75 juta untuk Pemberian Insentif Khas Pahang 1st, sebagai tanda terima kasih atas komitmen perkhidmatan awam.

Insentif ini berjumlah RM200 dan akan disalurkan pada 31 Disember kepada seramai 18,743 kakitangan awam Persekutuan dengan pendapatan kurang daripada RM3,000.

"Saya amat berharap seluruh penjawat awam negeri dan persekutuan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri untuk memperkasa iltizam, memantapkan integriti dan memelihara semangat berpasukan agar segala agenda pembangunan yang direncanakan dapat direalisasikan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Pahang.

"Pada masa sama, saya menyeru penjawat awam kekal menjadi benteng pelindung yang mempertahankan kerajaan negeri apabila wujud suara-suara yang cuba memesongkan fakta, mengeruhkan persepsi dan menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha yang telah dilaksanakan selama ini," katanya.

SAYS.com

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Image via Berita Harian

Wan Rosdy juga mengumumkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM468,000 bagi menyalurkan pemberian 'one-off' RM300 kepada pelatih pemulihan dalam komuniti.

Insentif ini diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk kekal aktif dalam program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

"Pada masa sama, kerajaan negeri meneruskan sumbangan `one-off' RM500 kepada setiap penyelia dan petugas PPDK membabitkan peruntukan RM150,000.

"Bagi memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah, sejumlah RM75,000, masing-masing diperuntukkan kepada PEMADAM dan PENGASIH manakala RM150,000 pula diperuntukkan kepada Drugs Intervention Community (DIC) untuk menggerakkan aktiviti kesedaran serta pendidikan antidadah di seluruh negeri

"Sebagai komitmen berterusan untuk membangunkan kemudahan sosial yang lebih inklusif, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina sebuah Kompleks Komuniti di Lipis dengan peruntukan RM10 juta bagi manfaat masyarakat setempat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: