Pahang Laksana Waktu Kerja Separuh Hari Untuk Penjawat Awam Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan

Waktu bekerja khas ini akan berkuat kuasa dari 19 Februari hingga 20 Mac depan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini adalah bermula dari jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari sahaja

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, keputusan ini dibuat selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berpandukan surat rasmi daripada Majlis Kesultanan Pahang yang dikeluarkan pada 16 Januari lalu.

Beliau menjelaskan bahawa waktu bekerja khas ini akan berkuat kuasa dari 19 Februari hingga 20 Mac depan.

SAYS.com

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Image via Buletin TV3

Memberi keseimbangan antara tuntutan tugas dan penghayatan Ramadan

Kerajaan Negeri amat memahami kepentingan Ramadan sebagai bulan ibadah yang penuh keberkatan. Justeru, pelarasan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan keseimbangan antara tuntutan tugas dan penghayatan Ramadan dapat dicapai, tanpa menjejaskan komitmen penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Saya yakin seluruh penjawat awam Negeri Pahang akan terus mengekalkan profesionalisme, integriti dan komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang bulan yang mulia ini.

"Semoga Ramadan tahun ini membawa keberkatan dan memperkukuh semangat khidmat bakti kita kepada negeri Pahang Darul Makmur," katanya.

SAYS.com
Image via @wanrosdyofficial (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: