Pahang Jadi Negeri Pertama Laksana Aplikasi StudentQR Secara Menyeluruh Untuk Murid Sekolah

Langkah itu bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah murid dengan menerapkan elemen adat, identiti dan jati diri negeri Pahang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via StudentQR
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pahang melakar sejarah dalam dunia pendidikan negara apabila muncul sebagai negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan penggunaan aplikasi StudentQR secara menyeluruh di semua sekolah

Langkah proaktif ini bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah murid dengan menerapkan elemen adat, identiti dan jati diri negeri Pahang.

Pelaksanaan Program Adat dan Identiti Murid Pahang menerusi aplikasi digital ini telah mendapat kelulusan rasmi serta dirangka selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa, menegaskan bahawa aplikasi ini bertindak sebagai alat sokongan kepada matlamat pendidikan berteraskan nilai murni tanpa menambah beban tugas guru.

"Apa yang ditawarkan ialah penglibatan ibu bapa yang disepadukan komunikasinya dengan guru. Melalui sistem ini, amalan baik murid di rumah dan di sekolah dapat direkod serta dihargai secara digital,"
katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program tersebut.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Jaxer Digital Sdn. Bhd., Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Haji Ahmad Shah.

SAYS.com

Ab Razif Asmuni (kiri) melihat guru SMK Purun, Cikgu Raina Othman (dua kiri) mengimbas kod bar pada lencana yang dipakai oleh murid

Image via StudentQR

Kelebihan aplikasi StudentQR dan Pahang sebagai negeri perintis

Kelebihan Aplikasi StudentQR:

  • Pemantauan Real-Time: Pihak sekolah memperoleh data menyeluruh untuk melihat perkembangan sahsiah murid secara tepat.
  • Penglibatan Ibu Bapa: Membolehkan ibu bapa turut serta dalam pembinaan karakter anak-anak sebelum beralih ke persekitaran sekolah.
  • Teknologi Praktikal: Menggunakan sistem kod QR yang mudah, murah, dan hanya memerlukan telefon pintar.
  • Ciri Keselamatan: Akses sistem adalah terhad dan hanya boleh dicapai oleh guru serta ibu bapa yang sah bagi menjamin keselamatan data murid.

Ahmad Zamri menyuarakan keyakinan bahawa inisiatif ini bakal menjadikan Pahang sebagai model contoh kepada negeri-negeri lain dalam usaha memperkasa pendidikan berasaskan nilai dan jati diri di era digital.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif StudentQR, Syed Huzaifah Syed Omar, menyatakan optimis bahawa teknologi kod QR yang dibangunkan adalah penyelesaian paling praktikal untuk menghubungkan ekosistem pendidikan antara rumah dan sekolah.

"Kita mahu ibu bapa terlibat sama dalam pembinaan karakter anak-anak. Teknologi ini hanyalah alat, namun impaknya terhadap pembangunan sahsiah adalah matlamat utama kita," tambah beliau.

SAYS.com

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa (tiga dari kiri) menyampaikan simbolik Lencana StudentQR kepada sekolah perintis pada Majlis Pelancaran Program Adat dan Identiti Murid Pahang: Aplikasi StudentQR di Kuantan, Pahang.

Image via StudentQR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik