Padah Buang Puntung Rokok, Buruh Didenda RM1,500, Kena Cuci Longkang & Tandas Awam
Antara tugas yang menanti pesalah termasuk membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam.
Tindakan selamba seorang buruh membuang puntung rokok di tempat awam akhirnya membawa padah apabila dia didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Gambar sekadar hiasan.
Image via Siakap KeliMenurut laporan Kosmo!, tertuduh, Ajmal Haziq Zulkarnain, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok bukan di dalam bekas yang diperuntukkan.
Hakim, Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara sebulan jika gagal bayar.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan lelaki berkenaan menjalani khidmat masyarakat selama empat jam dalam tempoh sebulan.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran di Bukit Bintang pada jam 10.39 malam, 1 Januari lalu

Gambar sekadar hiasan.
Image via PngtreeDia didakwa mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 serta boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam.
Pegawai Pendakwa SWCorp, A'ala Shah Md Yusop memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, Ajmal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dan mengakui kesalahannya.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan semua pesalah yang disabitkan kesalahan membuang sampah akan dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat.
Antara tugas yang menanti pesalah termasuk membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 