Owner Dedah Rumah Sewa Ditinggalkan Jijik Seperti Tapak Pelupusan Sampah – “Penyewa Dari Neraka!”
Ya Allah, teruknya keadaan rumah dia!
Cover image via Munirah Musa (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang individu meluahkan rasa kecewa dan marah apabila rumah sewanya di Taman Melati, Setapak didakwa ditinggalkan dalam keadaan sangat kotor dan tidak terurus, selepas penyewa menghilangkan diri tanpa menyelesaikan tunggakan sewa serta bil utiliti
Menerusi satu perkongsian di Facebook, individu tersebut mendakwa rumah berkenaan disewakan kepada seorang wanita sejak 13 Mac 2023, dengan bayaran sewa pada awalnya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, situasi mula berubah apabila bayaran sewa mula tertunggak sejak Januari 2024, sehingga mencecah beberapa ribu ringgit termasuk tunggakan bil air dan elektrik.
Menurut tuan rumah itu, dia dan suaminya telah beberapa kali cuba menghubungi penyewa untuk berbincang secara baik dan meminta supaya rumah dikosongkan sekiranya tidak lagi mampu membayar sewa, namun panggilan dan mesej mereka tidak pernah dibalas.

Pada 1 Disember 2025, tuan rumah bersama ibunya datang ke rumah tersebut untuk memeriksa keadaan. Selepas beberapa kali mengetuk pintu tanpa jawapan, mereka membuka pintu menggunakan kunci yang masih berada dalam simpanan mereka dan mendapati suami penyewa berada di dalam rumah.
Perbincangan secara baik dilakukan dan sekali lagi penyewa diminta untuk keluar jika gagal melunaskan bayaran.
"7/12/2025 terima bayaran sewa tetapi tidak semua dan Farah berjanji untuk bayar selebihnya pada 24/12/2025. Saya xda lagi terima apa-apa berita, bayaran yang dijanjikan juga tak ditunaikan. Sama seperti sebelumnya, call dan message x berbalas. Last message saya kepada Farah (12/1/2026) datang ke rumah untuk last check dan berharap dia dah keluar dari rumah tu." katanya.
Terkejut tengok keadaan rumah yang sangat teruk



Apabila mereka hadir ke rumah pada 13 Januari 2026, penyewa memang telah keluar, namun keadaan rumah yang ditinggalkan benar-benar mengejutkan.
Menurut perkongsian tersebut, rumah itu ditinggalkan dalam keadaan seperti rumah sampah, dengan pampers anak bertimbun, puntung rokok bersepah, air minuman bungkus tidak dibuang, serta kebersihan yang teruk dan menyedihkan.




"Tujuan post ini dibuat, sekiranya pasangan ini mencari rumah sewa area Taman Melati Setapak (extra info: Farah bekerja di KL East Mall, FB: Farah Akila)," katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan simpati kepada tuan rumah dan bersetuju bahawa tindakan tidak bertanggungjawab sebegini memberi kesan besar kepada pemilik rumah, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga emosi.
Ada juga yang menasihatkan supaya tuan rumah mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan bagi melindungi hak mereka pada masa akan datang.
Lihat perkongsian Facebook di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



