Orang Ramai Didapati Buang Sampah Merata Boleh Dikenakan Khidmat Masyarakat

Menerusi undang-undang itu tiada pihak dikecualikan termasuk pelancong asing.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai 1 Januari 2026, individu yang membuang sampah di tempat awam bakal berdepan tindakan tegas

Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 dan Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 jam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed, penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 ini merangkumi semua pihak tanpa pengecualian, termasuk pelancong asing.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Mahu pupuk sikap masyarakat supaya lebih menjaga kebersihan

Menurut beliau, langkah tersebut tidak bertujuan untuk menghukum semata-mata, tetapi lebih kepada usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

Ia juga merupakan inisiatif untuk mengubah mentaliti orang ramai agar tidak lagi membuang sampah sesuka hati.

"Kami ada anggota yang akan pantau dan berada di kawasan-kawasan awam sama ada dalam bentuk penyamaran. Tolonglah jaga dan buang sampah dalam tong disediakan dan jangan buang merata-rata. Tidak terkecuali pelancong asing dan kanak-kanak, kerana kita mahu tindakan ini dalam bentuk komprehensif," katanya.

Antara tugasan yang bakal dilaksanakan oleh pesalah termasuklah mengutip sampah serta mencuci tandas dan longkang. Selain itu, mereka diwajibkan memakai ves khas yang tertera perkataan 'khidmat masyarakat' sepanjang tempoh hukuman dijalankan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wilayahku

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: