Orang Malaysia Gila Kopi Korea, Tapi Rakyat Korea Pula Jatuh Cinta Dengan Kopi Tempatan Kita

Ibunya dilihat memilih dan membeli pelbagai jenis kopi keluaran Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @seonma_shin (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kopi bukan sekadar minuman penyegar mata bagi rakyat Malaysia, ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya, gaya hidup dan identiti masyarakat pelbagai kaum di negara ini

Dari aroma harum kopi kampung yang dibancuh dengan sabut kelapa, hinggalah ke kehalusan latte art di kafe hipster bandar besar, setiap hirupan membawa kisah tersendiri tentang warisan, kreativiti dan cita rasa tempatan.

Menariknya, kepelbagaian gaya penyediaan kopi di Malaysia sama ada kopi O pekat di warung jalanan, white coffee legenda dari Ipoh atau cold brew moden di kafe urban turut memikat hati pelancong luar negara yang terpesona dengan keunikan rasanya.

SAYS.com
Image via @seonma_shin (TikTok)

Wanita Korea 'borong' kopi buatan Malaysia

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @seonma_shin, seorang wanita Korea yang kini menetap di Malaysia berkongsi pengalaman manis ketika membawa ibu bapanya yang datang dari Korea Selatan untuk membeli-belah di pasar raya tempatan.

Dalam rakaman yang tular itu, kelihatan ibunya begitu teruja memilih pelbagai jenis kopi keluaran Malaysia dari kopi segera sehinggalah serbuk kopi tradisional yang memenuhi troli untuk dibawa pulang ke tanah air.

Bukan sekadar kopi, keluarga itu turut membeli pelbagai produk tempatan lain seperti makanan ringan dan ubat gigi, sekali gus menunjukkan betapa tinggi minat mereka terhadap barangan buatan Malaysia.

"Jom tengok apa cenderamata dari Malaysia yang ibu bapa saya isi dalam bagasi seberat 50 kilogram," tulisnya berseloroh di kapsyen video tersebut.

Perkongsian itu segera mencuri perhatian pengguna media sosial yang rata-rata berasa bangga melihat produk Malaysia mendapat tempat di hati warga luar, malah ramai yang menyifatkannya sebagai bukti kualiti dan keunikan citarasa tempatan yang sukar ditandingi.

Lihat video di bawah:

@seonma_shin

Let' see what my Malaysia 🇲🇾 souvenirs my 🇰🇷 parents fill up in there 50kgs luggage #seonma #seonmashin #seonmaabang #koreaninmy #koreanmalaysia

♬ 欢乐俏皮广告剧情-轻松愉快的下午 – 福林斯通

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik