Orang Kelantan Catat Rekod Paling Ramai Di Malaysia Bekerja Dalam Sektor Kerajaan – HRMIS

Sebanyak 13 peratus atau 170,383 orang daripada keseluruhan penjawat awam negara berasal dari Kelantan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah penjawat awam di Malaysia menunjukkan rakyat Kelantan antara paling ramai berkhidmat dalam sektor kerajaan, terutama di Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM)

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Facebook, negeri asal penjawat awam paling tinggi ialah Kelantan, dengan 13 peratus atau 170,383 orang daripada keseluruhan penjawat awam negara berasal dari negeri itu.

"Jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia tidak termasuk anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ialah 1,305,976 orang.

"KPM mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 511,345 penjawat awam, dengan hampir 40 peratus daripada keseluruhan angka tersebut manakala KKM dengan 267,149,"
ujarnya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Luqman Hakim Zubir/Harian Metro

Kali pertama kerajaan dedahkan asal negeri penjawat awam

Sementara itu, negeri asal penjawat awam mencatatkan Perak sebanyak 11 peratus atau 140,160, manakala Johor merekodkan 10 peratus atau 132,032 orang di seluruh Malaysia.

Berdasarkan kepada Sistem HRMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Malaysia) sehingga 24 September 2025 jumlah keseluruhan kakitangan perkhidmatan awam negara adalah sebanyak 1,305,976 orang.

SAYS.com
Image via Khairul Azri (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Property Management Division
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: