OPR Dijangka Kekal Pada Paras 2.75 Peratus, Namun Berpotensi Naik Hujung Tahun Ini – Juwai IQI

Dalam sektor hartanah pula, kestabilan OPR ketika ini memberi nafas kepada pembeli dan peminjam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Ultima Markets
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) minggu ini, namun bayangan kenaikan kadar faedah mula kelihatan menjelang hujung tahun

SAYS.com
Image via The Exchange Asia

Menurut laporan Berita Harian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata MPC perlu mula mempertimbangkan langkah tersebut selepas kadar faedah kekal tidak berubah sejak Mac 2023.

Menurut beliau, prestasi ekonomi semasa memberi ruang kepada perubahan dasar itu.

"Justeru, terdapat asas untuk menjangkakan satu kenaikan kadar faedah lewat tahun ini, namun ia bergantung kepada prestasi ekonomi dan inflasi dalam tempoh terbabit," katanya.

Unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.3 peratus bagi suku pertama menunjukkan ekonomi Malaysia masih kukuh walaupun berdepan cabaran global. Dalam masa sama, inflasi dilihat meningkat secara terkawal dengan jangkaan mencecah 2.5 peratus menjelang 2026.

Namun, beberapa risiko luaran masih menghantui prospek tersebut

"Tarif baharu daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump juga boleh menjejaskan eksport Malaysia. Bagaimanapun, ketidaktentuan ini dijangka tidak akan mengubah keputusan MPC dalam mesyuarat pada 7 Mei," katanya.

Selain itu, kenaikan harga minyak global turut berpotensi memberi tekanan kepada inflasi, sekali gus mempengaruhi hala tuju dasar monetari negara.

Dalam sektor hartanah pula, kestabilan OPR ketika ini memberi nafas kepada pembeli dan peminjam.

"Kadar faedah semasa dilihat memberi sokongan kepada pasaran hartanah kediaman. Kediaman paling mendapat permintaan ialah dalam julat harga RM300,000 hingga RM600,000 di kawasan pinggir Kuala Lumpur, tanah besar Pulau Pinang dan Johor," katanya lagi.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Johor terus muncul sebagai tumpuan utama dengan lonjakan harga yang ketara serta permintaan yang didorong oleh pelaburan dan pembangunan infrastruktur.

"Johor terus wajar diberi perhatian khusus. Harga rumah di negeri itu meningkat 6.9 peratus tahun lalu, tertinggi berbanding negeri lain, manakala pelaburan rentas sempadan dan infrastruktur menunjukkan permintaan akan terus berkembang," katanya.

Dengan petunjuk ekonomi yang masih stabil tetapi berdepan risiko luaran, keputusan BNM pada hujung tahun bakal menjadi penentu arah kos pinjaman dan momentum pasaran hartanah negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: