Nyamuk Dikesan Muncul Buat Pertama Kali Di Iceland Cetus Tanda Tanya Saintis

Kehadiran nyamuk ini mungkin menunjukkan pengenalan baru ke negara itu, berkemungkinan melalui kapal atau kontena.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mercury Holiday & TVS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Iceland terkenal sebagai antara negara bebas nyamuk di dunia, kini secara rasmi kehilangan status tersebut selepas tiga ekor serangga daripada spesies Culiseta annulata ditemukan di negara pulau berkenaan baru-baru ini

Menerusi laporan Harian Metro, penemuan bersejarah itu disahkan oleh ahli entomologi Institut Sains Alam Semula Jadi Iceland, Dr Matthias Alfredsson, yang memaklumkan bahawa dua nyamuk betina dan seekor jantan dikesan kira-kira 30 kilometer di utara Reykjavik.

Menurut beliau, serangga berkenaan dijumpai secara tidak sengaja pada tali wain yang digunakan untuk menarik rama-rama. Ia satu kaedah yang melibatkan campuran wain panas dan gula sebelum tali atau jalur kain itu digantung di luar.

Penemuan mengejutkan itu sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan saintis mengenai bagaimana nyamuk boleh bertahan dalam iklim sejuk ekstrem Iceland, yang sebelum ini dianggap tidak sesuai untuk kehidupan serangga tropika tersebut.

SAYS.com
Image via Britannica

Kehadiran nyamuk berkemungkinan melalui kapal atau kontena

Iceland, bersama Antartika, sebelum ini dikenali sebagai antara satu-satunya tempat di dunia yang bebas sepenuhnya daripada nyamuk.

Namun, penemuan terbaharu oleh sekumpulan penyelidik telah mengubah status itu apabila tiga ekor nyamuk dikesan hidup dalam persekitaran semula jadi negara beriklim sejuk ekstrem itu.

"Ia adalah rekod pertama kehadiran nyamuk dalam persekitaran semula jadi di Iceland. Spesimen tunggal Aedes nigripes (spesies nyamuk Artik) pernah dikumpulkan bertahun-tahun dahulu dari sebuah kapal terbang di Lapangan Terbang Keflavik," kata ahli entomologi Institut Sains Alam Semula Jadi Iceland, Dr Matthias Alfredsson, sambil menambah bahawa spesimen tersebut kini sudah hilang.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut Alfredsson, kehadiran nyamuk ini berkemungkinan besar menunjukkan pengenalan baharu spesies itu ke negara berkenaan, dipercayai melalui kapal atau kontena yang memasuki pelabuhan Iceland.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan lanjut pada musim bunga akan datang bagi menilai sejauh mana penyebaran nyamuk tersebut di negara berkenaan.

Saintis sebelum ini menjelaskan bahawa perubahan iklim global yang membawa kepada peningkatan suhu, musim panas lebih panjang serta musim sejuk yang lebih sederhana boleh mencipta persekitaran baharu yang sesuai untuk nyamuk hidup.

Namun, Alfredsson menegaskan penemuan itu bukan semata-mata disebabkan oleh pemanasan global.

"Spesies berkenaan nampaknya sangat menyesuaikan diri dengan iklim lebih sejuk, yang membolehkan mereka bertahan melalui musim sejuk yang panjang dan keras apabila suhu jatuh di bawah paras beku.

"Habitat pembiakan mereka yang pelbagai… turut meningkatkan keupayaan mereka untuk terus hidup dalam persekitaran mencabar di Iceland," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: