Nurul Izzah Dedah Pendakwah Selebriti Didakwa Raba Kemaluan Remaja Lelaki Lepas Ajak Tonton Nasyid
Mangsa berkurung di dalam tandas selama 5 jam sebelum berjaya meloloskan dirinya.
Cover image via Nurul Izzah Anwar (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecoh baru-baru ini apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mendedahkan sebuah kes amang seksual membabitkan seorang pendakwah selebriti
Menurut hantaran di Facebook Nurul Izzah, pendakwah itu didakwa melibatkan mangsa seorang remaja yang masih bersekolah.
Menurut Nurul Izzah, kejadian mengejutkan itu berlaku apabila mangsa iaitu seorang remaja dipujuk oleh pendakwah selebriti terbabit untuk mengikutinya ke sebuah negeri lain, kononnya atas alasan mahu menonton persembahan nasyid.
Namun di sebalik ajakan yang kelihatan tidak mencurigakan itu, tersembunyi niat yang tidak sepatutnya, yang akhirnya membawa kepada dakwaan kes amang seksual terhadap remaja berkenaan.
"Remaja itu percaya kepada suspek kerana menganggapnya sebagai tokoh agama. Namun, pada malam kejadian, suspek dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah bilik hotel," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dakwa terdapat beberapa laporan polis terdahulu melibatkan suspek sama
Menurut Nurul Izzah, remaja berkenaan berada dalam keadaan sangat takut dan keliru, sehingga terpaksa mengurung diri di dalam tandas selama lima jam, sebelum akhirnya meloloskan diri apabila suspek tertidur.
Selepas berjaya keluar, mangsa segera menghubungi keluarganya dan satu laporan polis telah dibuat.
Namun, yang lebih mengejutkan, kata Nurul Izzah, keluarga mangsa kemudian dimaklumkan bahawa suspek yang sama sudah pun pernah dilaporkan dalam beberapa kes sebelum ini tetapi tiada sebarang tindakan tegas diambil setakat ini.
Tambah Nurul Izzah, dugaan keluarga mangsa tidak terhenti di situ, mereka kini berdepan tekanan baharu apabila difahamkan disaman oleh suspek atas dakwaan fitnah, malah turut diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran media.
"Ini menambah beban kepada keluarga yang berasal daripada kelompok B40 dan tidak mempunyai simpanan mencukupi," ujarnya.
Lebih memilukan, mangsa kini mengalami trauma mendalam, memerlukan rawatan psikologi secara berkala, dan prestasi akademiknya turut merosot akibat tekanan emosi yang berpanjangan.
Dalam usaha menyokong mereka, Nurul Izzah menyatakan komitmen penuh untuk membantu keluarga mangsa, termasuk dari sudut guaman, kebajikan dan sokongan moral.
Lihat hantaran itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



