Nilai Transaksi BNPL Kini Catat RM9.3 Bilion, Hutang Pengguna Dilihat Turut Meningkat

Kadar hutang tertunggak BNPL turut naik kepada 3.2 peratus, bernilai RM3.8 bilion.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Trend "Beli Dulu, Bayar Kemudian" atau BNPL terus melonjak di Malaysia dengan nilai transaksi mencecah RM9.3 bilion pada separuh pertama 2025, meningkat daripada RM7.1 bilion sebelumnya

Menurut laporan Berita Harian, Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan lebih 100 juta transaksi, didorong peningkatan pengguna muda dan pembeli dalam talian dengan akaun aktif meningkat kepada 6.5 juta.

Data itu menandakan BNPL semakin diterima sebagai bentuk pembiayaan alternatif di tengah-tengah persekitaran kos sara hidup yang meningkat.

Kadar hutang tertunggak BNPL meningkat

Image via NST

Malah, kadar hutang tertunggak BNPL turut naik kepada 3.2 peratus, bernilai RM3.8 bilion. BNM menegaskan walaupun jumlah ini kecil dengan sekitar 0.2 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah, ia perlu dipantau bagi mengelak impak kepada sistem kewangan lebih luas

Suruhanjaya Kredit Pengguna akan memperkenalkan garis panduan baharu bagi memperkukuh kawal selia sektor ini.

Penganalisis Maybank IB dan RHB IB menilai risiko BNPL masih terkawal, dengan nisbah hutang isi rumah kepada KDNK pada 84.8 peratus dan sistem perbankan kekal kukuh

Dari segi dasar monetari, BNM turut mengingatkan bahawa kadar faedah lebih rendah serta peluasan penggunaan sistem Malaysia Overnight Rate (MYOR) akan membantu mengekalkan kestabilan pembiayaan dan kos pinjaman jangka pendek.

Sementara itu, sektor perbankan dijangka kekal positif menuju 2026 dengan unjuran pertumbuhan keuntungan bersih selepas cukai (PATMI) sekitar lima peratus, disokong pemulihan aktiviti kredit dan kestabilan makroekonomi domestik.

"Walaupun risiko hutang isi rumah meningkat sedikit, keseluruhan sistem kewangan kekal berdaya tahan. Penampan modal bank juga berada di tahap selamat, dengan nisbah modal keseluruhan 18.2 peratus," jelas RHB Investment Bank.

BNM menegaskan, keseimbangan antara inovasi kewangan dan perlindungan pengguna perlu dicapai agar BNPL tidak menjadi sumber tekanan hutang baharu kepada isi rumah Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: