NGO Desak Tukar Nama Port Dickson Kepada Pantai Dermaga, Dakwa Nama Sekarang Peninggalan Penjajah

Difahamkan, nama Pantai Dermaga dipilih kerana membawa maksud pantai pelabuhan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Trip Advisor
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) kini menggerakkan usaha untuk menukar nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga, dalam usaha menghapuskan nama peninggalan penjajah yang masih kekal sebagai identiti negara

Menurut laporan Sinar Harian, antara NGO yang terlibat dalam gerakan ini ialah Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Gabungan Nasionalis (GN) dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Pengerusi Identiti, Islah Wahyudi Zainudin, nama Port Dickson wajar ditukar kerana ia berasal daripada sejarah penjajahan British yang merampas perkampungan Melayu bernama Tanjung Kemuning sekitar tahun 1889.

"Ramai tidak tahu bahawa Dickson telah merampas Tanjung Kemuning, sebuah perkampungan Melayu yang kini lenyap sepenuhnya. Bukti peninggalan Kampung Bahasa Kapor hari ini hanyalah sebuah masjid lama iaitu Masjid Lama Port Dickson Kampung Bahasa Kapor yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

"Ini bukan perbuatan yang wajar dijulang atau dibanggakan. Nama penjajah pula yang diangkat menjadi identiti negara kita. Pada saya, ini sesuatu yang tidak wajar,"
katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Beliau menegaskan bahawa tidak wajar nama seorang penjajah terus diangkat sebagai identiti tempat di Malaysia, terutamanya selepas negara sudah 68 tahun merdeka

"Usaha menyingkirkan nama penjajah sebenarnya telah bermula sejak awal kemerdekaan contohnya, North Borneo ditukar kepada Sabah (1963), Jesselton kepada Kota Kinabalu (1965), Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang (1972), Province Wellesley kepada Seberang Perai (1972), Telok Anson kepada Teluk Intan (1982) dan Port Weld kepada Kuala Sepetang (1982).

"Mengapa usaha itu dihentikan? Mengapa tidak diteruskan untuk menaikkan identiti asal dan menyingkirkan nama penjajah yang tidak mencerminkan sejarah sebenar kita?"
soalnya.

Islah Wahyudi turut mempersoalkan mengapa usaha penukaran nama berkait penjajah yang bermula sejak awal kemerdekaan kini seakan terhenti.

"Saya, mewakili Identiti telah banyak membuat aduan mengenai 'pelacuran' bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan kerana melanggar Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Kerajaan Tempatan yang mewajibkan penggunaan bahasa rasmi diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna berbanding bahasa lain.

"Namun aduan-aduan ini masih belum mendapat sebarang maklum balas, berbanding tindakan tegas yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri lain seperti Selangor, Perak dan Johor,"
katanya lagi.

Menariknya, nama Pantai Dermaga dipilih kerana membawa maksud pantai pelabuhan sambil mengekalkan akronim PD yang sudah sinonim dengan kawasan itu

SAYS.com
Image via Petit Go

Islah Wahyudi mengakui penukaran nama itu mungkin melibatkan kos yang tinggi, namun menegaskan ia wajar dilakukan demi kepentingan jangka masa panjang.

"Tanpa tindakan tegas hari ini, kita bimbang generasi akan datang tidak mengenali sejarah dan identiti sebenar negara ini.

"Saya berharap pemimpin yang berjiwa besar dan bertanggungjawab tampil untuk mencatat sejarah sebagai individu yang berjasa mengembalikan identiti asal dan memperkasa bahasa kebangsaan.

"Nama Pantai Dermaga dipilih kerana membawa maksud pantai pelabuhan dan pada masa sama mengekalkan akronim PD sebagai identiti tempatan,"
ujarnya.

Beliau juga mendesak kerajaan negeri untuk memperjelaskan sama ada identiti Negeri Sembilan masih berteraskan budaya Melayu seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, atau sudah mula dicemari unsur asing.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: