New Muslims Community Conference 2025: Menelusuri Peranan Mualaf Sebagai Jambatan Perpaduan Negara
Acara ini akan dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada golongan saudara baru, penggubal dasar, ilmuwan, tokoh media, pendidik, dan pembina komuniti.
Cover image via New Muslims CommunityFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat julung-julung kalinya, Al Khaadem, melalui program New Muslims Community (NMC) akan menganjurkan New Muslims Community Conference 2025 pada 28 Ogos 2025 di Grand Hyatt Kuala Lumpur
Bertemakan "From Fracture to Future: Reverts Uniting Malaysia", program ini bertujuan untuk menonjolkan peranan penting golongan mualaf sebagai pemangkin perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Persidangan unik ini akan memfokuskan kepada golongan saudara baru di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jangkaan budaya dan sosial. Pada masa sama, mengiktiraf potensi mereka sebagai "pembina jambatan" yang berkuasa dalam masyarakat yang pelbagai perbezaan pendapat hari ini.

Pengasas dan Presiden Al Khaadem, Dato' Dr Sheikh Hussain Yee
Image via New Muslims CommunityMenurut Dato' Dr Sheikh Hussain Yee, Pengasas dan Presiden Al Khaadem, persidangan ini bukanlah sebuah program keagamaan semata-mata, sebaliknya adalah platform pembinaan negara yang bertujuan untuk mengubah naratif dan memupuk perpaduan melalui lensa mereka yang telah memilih Islam di Malaysia.
"Saudara baru hidup ini di persimpangan pelbagai budaya, kepercayaan dan identiti. Pengalaman ini memberi mereka keupayaan unik untuk merapatkan jurang dan memupuk persefahaman. Mereka membawa wawasan dan empati yang amat diperlukan oleh Malaysia hari ini.
"Melalui persidangan ini, kami berharap untuk menghargai perjalanan mereka dan memberi inspirasi kepada Malaysia yang lebih bersatu dan berbelas kasihan," katanya dalam satu kenyataan media.
Persidangan ini dijangka akan menyajikan pelbagai perkongsian kisah peribadi, perbincangan berani, dan panel berimpak tinggi yang akan meneroka topik-topik berikut:
- Bagaimana saudara baru mengembalikan semangat sebenar Islam di Malaysia
- Pandangan saudara baru terhadap teater politik Malaysia
- Kisah tanpa tapisan tentang penghakiman, penolakan, ketabahan, dan keimanan
- Mengapa saudara baru mungkin memegang kunci kepada masa depan yang lebih inklusif dan penyayang
Acara ini akan dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada golongan saudara baru, penggubal dasar, ilmuwan, tokoh media, pendidik, dan pembina komuniti. Al Khaadem turut mengalu-alukan liputan media bagi meraikan acara bersejarah ini.
Butiran Acara:
New Muslims Community Conference 2025
Tema: "From Fracture to Future: Reverts Uniting Malaysia"
Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur
Tarikh & Masa: Khamis, 28 Ogos 2025 | 9:00 pagi – 5:00 petang
Tiket: www.newmuslims.co/conference

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



