Netizen Persoal Owner Restoran Sanggup Biarkan Baby Chair Kotor & Tak Jaga Kebersihan
Ya Allah, kotor sangat ni. Dah boleh tukar kot.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, dengan adanya baby chair di sesebuah restoran dapat memudahkan urusan pelanggan yang mempunyai anak kecil
Walau bagaimanapun, pihak restoran juga harus menitikberatkan soal kebersihan kerana baby chair itu akan dipakai oleh ramai pelanggan.
Malah, ia akan meninggalkan banyak kuman dan bakteria kepada kanak-kanak sekiranya baby chair tersebut tidak dicuci selepas digunakan.
Baru-baru ini, tular ciapan di laman Threads mengenai seorang wanita terkejut melihat keadaan baby chair di restoran yang dikunjunginya.

Mengucap tengok keadaan baby chair yang berkeladak
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @maizatulizzatii, wanita itu berkata kedai yang dikunjunginya itu penuh dengan pelanggan.
Namun, dia mempersoalkan mengapa kedai itu tidak boleh menggantikan baby chair yang bersih dan baharu kerana ia seperti sudah lama dipakai dan macam tidak pernah dicuci.
"Weh ni baby chair zaman bila? Aduhai mengucap aku tengok. Kedai bukan main ramai orang, sales mesti mencanak. Beli baby chair tak sampai rm50 pun tk boleh ke?" katanya.

Susulan itu, ramai netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati melihat baby chair yang kotor itu



Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



