Netizen Persoal Harga Sebiji Donut RM10, Pempengaruh Tampil Beri Penjelasan
Dia turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja meletakkan harga tinggi.
Cover image via @faizsoul_ (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu harga makanan yang dianggap tidak masuk akal kembali menjadi bualan hangat di media sosial
Baru-baru ini, seorang pempengaruh, Faiz Soul, menjadi sasaran kritikan netizen selepas mempromosikan sebiji donut dengan harga mencecah RM10.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan warga maya yang menyifatkan harga tersebut sebagai melampau dan tidak munasabah bagi sebiji donut.

Ramai persoal harga donut mahal
Pempengaruh sensasi, Faiz Soul, sekali lagi mencetuskan kontroversi dan mengundang kritikan tajam warga maya susulan pengenalan menu baharunya, Donut Caramel, yang dijual pada harga RM10 sebiji.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penetapan harga oleh usahawan tersebut yang dianggap tidak munasabah dan terlalu mahal.
Malah, ramai yang berpendapat bahawa hidangan itu hanyalah menu ringkas yang sangat mudah disediakan, sekali gus tidak melambangkan nilai harga yang ditawarkan.
Tampil beri penjelasan, maaf dengan harga yang ditetapkan
Menjawab segala kecaman yang dilemparkan, Faiz Soul menyatakan bahawa beliau menerima setiap kritikan dengan hati yang terbuka.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang mula melampaui batas dengan menghina kualiti makanan yang dijualnya serta mengeluarkan kata-kata kesat tanpa usul periksa.
"Saya terima segala kecaman, tetapi tolonglah jangan hina saya atau menyifatkan makanan yang saya jual sebagai 'sampah'. Malah, ada yang tergamak membandingkan rasa donut itu dengan perkara yang tidak sepatutnya, sedangkan mereka sendiri belum pernah merasainya," luah Faiz.
Dia turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja meletakkan harga tinggi semata-mata untuk mengejar kekayaan dengan jalan mudah. Tegasnya, niat utamanya meneruskan perniagaan tersebut adalah untuk membantu orang sekeliling.
"Janganlah maki atau fitnah saya kononnya menjual untuk cepat kaya. Hakikatnya, saya hanya ingin membantu sesama kita melalui perniagaan ini," tambahnya lagi.
Mengakhiri penjelasannya, Faiz memohon maaf sekiranya terdapat tindak-tanduknya yang mengguris hati mana-mana pihak, terutama dalam menempuh bulan yang mulia ini.
"Saya sedia dikritik, namun janganlah sampai menghina seolah-olah kita ini manusia yang tidak berdosa. Di bulan yang mulia ini, saya memohon maaf jika ada terlanjur kata," katanya bagi menjernihkan keadaan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



