Netizen Kritik Baju Bella Astillah Di Majlis Birthday Tun M & Tun Siti Hasmah – “Agak Terdedah”

Apa-apa pun, Bella tetap cantik dan sepadan dengan YB!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @syedsaddiq (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq berkongsi momen ketika menghadiri majlis ulang tahun Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah bersama Bella Astillah

Menerusi video berdurasi 1 minit 12 saat itu, Bella dilihat mengenakan gaun labuh jenis off-shoulder berwarna putih, manakala Syed Saddiq pula segak berpakaian tuxedo hitam.

Video tersebut ternyata mencuri perhatian netizen dan ramai berpendapat mereka berdua sangat sepadan dan tidak kurang juga ada yang mendoakan agar mereka cepat-cepat mendirikan rumah tangga kerana hubungan rapat sudah jelas kelihatan.

SAYS.com
Image via @syedsaddiq (Threads)

Namun begitu, ada juga yang kurang berkenan dengan pemakaian Bella yang dikatakan agak seksi

Bella dilihat berada di samping Syed Saddiq sambil berbual mesra dengan pasangan negarawan itu.

Namun, penampilan Bella dalam majlis tersebut telah menjadi bualan ramai. Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan pemilihannya memilih gaun tersebut, lebih-lebih lagi majlis itu turut dihadiri tokoh penting negara.

SAYS.com
Image via @syedsaddiq (Threads)
SAYS.com
Image via @syedsaddiq (Threads)
SAYS.com
Image via @syedsaddiq (Threads)
SAYS.com
Image via @syedsaddiq (Threads)

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik