Netizen Kongsi Kad Touch ‘n Go & Selipar Getah Mengecut Akibat Cuaca Panas

Bukan kad sahaja, kasut getah pun sama.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Cuaca yang terlalu panas membuatkan kad Touch 'n Go milik netizen ini melebur

Kejadian ini mengingatkan kita kepada duit ringgit yang melebur akibat diseterika.

Malaysia kini dilanda gelombang haba yang tinggi sehingga kad yang ditinggalkan di dalam kereta melebur akibat kepanasan.

Melebur jadi seperti obor-obor

Di laman Threads, seorang netizen berkongsi kad Touch 'n Go miliknya telah melebur akibat ditinggalkan di dalam kereta.

"Perak panas sangat sampai melendut kad Touch 'n Go dalam kereta," kata lltlps.

SAYS.com
Image via lltlps / Threads

Berita baik yang mengejutkan walaupun sudah melebur, kad itu masih boleh digunakan seperti biasa.

Begitupun, ia tidak pasti sama ada kad fungsi Near-field Communication (NFC) itu masih berfungsi atau tidak.

Bukan kes terpencil netizen di media sosial yang lain turut kongsi situasi sama

Terdapat juga seorang lagi netizen dengan nama Arifuddin yang berkongsi perkara yang sama, tetapi kejadian ini berlaku di Sepang, Selangor.

SAYS.com
Image via arifuddinzul_ / Threads

Bukan setakat kad sahaja malah ada juga netizen yang kongsi kasut mereka juga melentur akibat terlalu panas sehingga tapak kasut itu mengecut.

"Terkejut laki weh, nak keluar selipar kecut hahahah," ujar nrzrinhdayu di Threads.

Ramai lagi netizen berkongsi perkara yang sama yang berlaku ke atas kad Touch 'n Go dan selipar getah mereka.

Semua warga Malaysia dinasihatkan untuk mengelak daripada cuaca panas dan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: