Netizen Kongsi Gambar Ruang Solat Di Tempat Kerja, Ada Yang Hanya Solat Sudut Stor

Alhamdulillah, yang penting jangan tinggal solat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Thread
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Media sosial kini semakin menjadi medan utama untuk mencetuskan trend dan menjadi ikutan ramai

Pengguna bukan sahaja mengikuti perkembangan terkini, malah ramai yang berkongsi rutin harian, pengalaman peribadi, dan minat mereka di platform tersebut.

Fenomena ini menunjukkan bagaimana media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, mempengaruhi budaya, gaya hidup dan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat moden.

SAYS.com
Image via Thread

Kongsi ruangan gambar solat di tempat kerja

Namun, baru-baru ini tular di Thread apabila seorang pemuda meminta netizen untuk berkongsi gambar ruangan tempat solat mereka di tempat kerja.

Yang lebih mengejutkan, netizen menzahirkan kreativiti dan kesungguhan mereka dengan mempamerkan pelbagai tempat solat yang tidak dijangka.

Ada yang menunaikan solat di tepi tangga, di stor, di ruang sempit belakang rak fail, malah ada juga yang menggunakan sudut-sudut kecil yang biasanya tidak terfikir sebagai ruang ibadah.

Walaupun ruang yang digunakan seringkali sederhana dan terbatas, usaha mereka tetap sama dan menunjukkan komitmen tinggi untuk menunaikan solat.

Lihat antara gambar-gambar perkongsian di bawah:

SAYS.com
Image via Thread

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik